John Dolmayan (Bahasa Armenia: Ճոն Տոլմայեանcode: hy is deprecated , lahir 15 Julai 1973) ialah seorang pemuzik, penulis lagu dan pemain dram Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai pemain dram kumpulan System of a Down.
System of a Down
Dolmayan menyertai System of a Down pada tahun 1997 selepas drummer asalnya, Ontronik "Andy" Khachaturian, meninggalkan kumpulan tersebut akibat kecederaan tangan.[1]
Dolmayan merakamkan lima album dengan System of a Down: System of a Down (1998), Toxicity (2001), Steal This Album! (2002), Mezmerize (2005) dan Hypnotize (2005).[2]