Johann Friedrich Blumenbach
Johann Friedrich Blumenbach (11 Mei 1752 – 22 Januari 1840) adalah seorang doktor, ahli antropologi dan ahli biologi Jerman. Beliau adalah salah satu orang pertama yang mempelajari manusia sebagai aspek sejarah alam. Tulisan penemuan dilakukan menyatakan beliau menggunakan anatomi komparatif untuk mengelaskan manusia kepada lima bangsa: bangsa Kaukasia yang berkulit "putih", Mongolia yang berkulit "kuning", Melayu yang "sawo", Habsyi yang "hitam" dan Amerika yang "merah".[2] Semua perbezaan rupa badan sesama bangsa-bangsa diperhatikan beliau disangka tercetus hasil tindak balas kepada iklim sekeliling dan cara hidup.[3] Beliau sendiri tidak merasa bahawa satu bangsa lebih unggul dari bangsa lainnya. Namun, penyelidikannya disalah ertikan pihak tertentu sebagai pembenar sentimen membenci kaum selain diri serta ilmu sains mengukuh ideologi sedemikian.[4][3] Rujukan
Information related to Johann Friedrich Blumenbach |