Beliau turut memimpin seberapa organisasi nirlaba sebagai pengasas termasuk Biden Breast Health Initiative, Book Buddies, Yayasan Biden, Delaware Boots on the Ground, serta Joining Forces dengan rakan seperjuangannya, Michelle Obama.
Awal hidup
Jill Tracy Jacobs lahir pada 3 Jun 1951,[a] di Hammonton, New Jersey;[1] beliau anak bongsu dari lima adik-beradik selepas Jan, Bonny, Kelly, dan Kim. Ayahnya, Donald Carl Jacobs (1927-1999)[2] adalah juruwang bank dan tukang isyarat Tentera Laut A.S. semasa Perang Dunia Kedua yang kemudian menyertai sekolah perniagaan dan menjadi ketua institusi simpanan dan pinjaman di kejiranan Chestnut Hill, Philadelphia;[3][4] beliau keturunan Sicilia dengan nama keluarga asalnya Giacoppo atau Giacoppa.[b] Ibu Jill, Bonny Jean Godfrey (1930–2008)[9] ialah seorang suri rumah[2] dan berketurunan Inggeris-Scotland.
Mereka sekeluarga tinggal sebentar di Hatboro, Pennsylvania, ketika masih muda sebelum berpindah ke Willow Grove, pinggiran utara Philadelphia, Pennsylvania;[3] di sinilah beliau membesar sebahagian besar usia mudanya serta giat mengikuti sukan Philadelphia.[10][11] Ibu bapanya melabelkan diri mereka sebagai "realis agnostik" dan tidak menghadiri ke gereja, tetapi beliau sering menghadiri kebaktian Ahad di gereja Presbyterian bersama neneknya.[12] Kemudian, Jacobs secara bebas mengambil kelas keahlian di Gereja Presbyterian Abington yang berdekatan dan pada umur 16 tahun disahkan.[4][13]
Pendidikan
Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Seni dan Sains Universiti Delaware,[14] mengambil bahasa Inggeris sebagai jurusan utamanya,[15] beliau mengambil cuti setahun dari kolej bekerja sebagai peragawati untuk suatu agensi setempat di Wilmington.[15] Pada ketika inilah beliau mula berkenalan dengan Joe Biden pada Mac 1975 ketika Joe berkhidmat sebagai senator Delaware[16][17] atas perkenalan adik Joe, Frank Biden, yang turut sama universiti dengan Jill.
Beliau berkahwin dengan Joe pada 1977 lalu menjadi ibu tiri kepada Beau dan Hunter, dua anaknya hasil perkahwinan pertama Joe dan mendiang isteri pertama mereka yang terkobran dalam kemalangan kereta pada 1972;[18] mereka bertiga anak-beranak mempunyai hubungan sangat erat bersama.[19] Jill dan Joe juga mempunyai seorang anak perempuan bersama bernama Ashley yang lahir pada 1981.[20]
Kerjaya sebagai pengajar
Beliau mempunyai ijazah sarjana muda dan doktoral dari Universiti Delaware, serta ijazah sarjana dari Universiti Chester Barat[15][21] dan Universiti Villanova. Beliau mengajar bahasa Inggeris dan membaca di sekolah menengah selama 13 tahun, dan juga mengajar remaja bermasalah emosi di hospital psikiatri.
Dari tahun 1993 hingga 2008, Biden adalah seorang pengajar bahasa Inggeris dan penulisan di Delaware Technical & Community College. Sejak tahun 2009, dia telah menjadi profesor bahasa Inggeris di Northern Virginia Community College dan dianggap wanita kedua pertama yang memegang pekerjaan sementara suaminya adalah naib presiden.
^Cohen, Celia. "From UD to VP". University of Delaware Messenger. 16 (3). Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2020. Dicapai pada October 2, 2020.