James Daniel Maddison (lahir 23 November 1996) ialah seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai pemain tengah menyerang untuk kelab Liga Perdana, Tottenham Hotspur dan pasukan kebangsaan England.
Maddison memulakan kerjayanya dengan Coventry City sebelum menyertai Norwich City pada 2016. Dia menghabiskan musim 2016–17 secara pinjaman di kelab Liga Perdana Scotland, Aberdeen. Pada 2018, dia menyertai Leicester City, dengan dia memenangi Piala FA dan Perisai Komuniti FA pada 2021. Dia menandatangani kontrak dengan Tottenham Hotspur pada 2023.
Maddison telah bermian untuk England pada peringkat bawah-21 tahun dari 2017 hingga 2019, dan membuat penampilan sulung untuk pasukan senior pada 2019. Dia merupakan sebahagian daripada skuad Piala Dunia FIFA 2022.
Kehidupan awal
Maddison dilahirkan dan dibesarkan di Coventry, West Midlands.[6] Dia mempunyai keturunan Ireland melalui datuk dan neneknya.[7]
Rujukan
Pautan luar