Jamal Mirdad (lahir 7 Mei 1960; umur 64 tahun) ialah seorang pelakon, penyanyi dan ahli politik Indonesia. Beliau merupakan salah satu pelakon yang memenangi Piala Citra kategori pelakon utama lelaki terbaik bersama Lydia Kandou bagi kategori wanita pada 1992 bagi filem Ramadhan dan Ramona.
Kerjaya
Beliau pernah menerima penghargaan sebagai pelakon utama lelaki terbaik Festival Film Indonesia pada 1992 dalam filem Ramadan dan Ramona. Bakat nyaniannya pula disedari pencipta lagu A. Riyanto ketika Jamal mengabdi kepada keluarga itu pada 80-an. Dalam awal kerjayanya, beliau lebih banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan A. Riyanto. Dalam bidang politik, beliau pernah menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat bagi pihak Partai Gerakan Indonesia Raya dalam daerah Jawa Tengah I dari 2014 hingga 2019.[3]
Kehidupan peribadi
Jamal Mirdad dipertemukan dengan isterinya, Lydia Kandou, saat berlakon dalam filem Ramadan dan Ramona. Walau bagaimanapun, perkahwinannya dengan Lydia tidak mendapatkan restu dari orang tua Lydia kerana berbeza agama. Anak-anaknya sekarang mengikuti jejak ayah-ibunya sebagai pelakon, termasuk Nana Mirdad dan Naysila Mirdad. Setelah berkahwin selama 26 tahun, pada 8 Mac 2013, pasangan bercerai di mahkamah Jakarta Selatan.[4]
Rujukan