Jake Choi (lahir 14 Januari 1992)[1][2] merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi watak sebagai Miggy dalam siri komedi ABC, Single Parents.[3][4] Beliau turut pernah membintangi Front Cover, sebuah filem bebas LGBTQ dan dicalonkan Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Koala Chinese Film Festival.[5]
Kehidupan awal
Choi dilahirkan dan dibesarkan di Elmhurst,Queens, New York.[6] Beliau berketurunan Korea Amerika.[7] Beliau dibesarkan oleh ibunya yang merupakan ibu tunggal.[8] Beliau aktif bermain dalam Kesatuan Atlet Amatur (AAU).[6] Selepas tamat belajar, beliau berpindah ke Korea Selatan untuk bermain bola keranjang di Universiti Yonsei, dan seterusnya bermain dalam Liga Bola Keranjang Korea.[7][9] Beliau kembali ke Amerika Syarikat untuk bergelar pelakon dan mengikuti kelas di Institut Teater dan Filem Lee Strasberg sebelum meninggalkan kelas tersebut kerana masalah kewangan.[6][9]
Kerjaya
Pada tahun 2015, Choi memegang watak utama sebagai Ryan dalam filem bebas LGBTQ, Front Cover.[10][11][12] Choi's performance received positive critical reviews.[13]
Choi turut pernah muncul sebagai pelakon undangan dalam beberapa rancangan TV sejak 2015 termasuklah Broad City, Younger, dan Hawaii 5-0.[6] He played a recurring role on HBO's Succession in 2018.[14]
Pada tahun 2018, Choi telah dipilih sebagai membintangi siri TV, Single Parents sebagai Miggy, seorang bapa tunggal berusia 20 tahun.[14][15]
Pada tahun 2018, Choi mengakui beliau sebagai kebendaliran seksual.[9] Dalam temuramah bersama sebuah majalah LGBT, The Advocate, beliau menyatakan bahawa, "Saya rasa ramai memahami dengan lebih baik jika anda hanya mengatakan 'biseksual' yang mana tidak sama, tetapi kadang-kadang apabila orang berkata, 'Oh, jadi anda bi?' - Saya tidak mahu untuk berdebat lagi. Ia sama seperti, 'Ya, pasti.' Saya rasa istilah panseksual sedikit lebih dekat. Dengan saya, saya berkata kebendaliran seksual kerana ia sentiasa berubah.”[16]