Jabatan Biokeselamatan telah ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai jabatan persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui penarafan Pasukan Teras Biokeselamatan yang ditubuhkan pada tahun 2008. Jabatan ini adalah pihak berkuasa utama negara untuk semua aktiviti yang berkaitan dengan biokeselamatan/bioteknologi moden dan memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan organisma hidup yang diubah suai (LMO) dan produk organisma sedemikian. Jabatan ini juga adalah Urus Setia kepada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) dan Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC).