Jaan-E-Mann (terjemahan: Kekasih) ialah filem drama romantis Bollywood 2006 yang diarahkan oleh Shirish Kunder dan diterbitkan oleh Sajid Nadiawala. Dibintangi oleh Akshay Kumar dan Salman Khan dalam peranan utama dan Preity Zinta dalam peranan kameo. Ini ialah filem pertama Shirish Kunder sebagai pengarah. Beliau juga menyunting dan menulis dialog dan skrip.
Treler pertama dikeluarkan pada akhir bulan Ogos dan kos penggambarannya hampir Rs. 400 juta.[1] Filem ini dikeluarkan pada 20 Oktober 2006 pada hujung minggu perayaan Diwali/Aidilfitri. DVD untuk filem yang dikeluarkan pada 15 Disember 2006.[2]
Pelakon
- Akshay Kumar sebagai Agastya Rao,
- Salman Khan sebagai Suhaan Kapoor,
- Preity Zinta sebagai Piya Goyal Kapoor, / Preity Zintakova (dalam penampilan istimewa sebagai Agastya Rao Fiance)
- Anupam Kher sebagai Pemilik Boney Kapoor / Pemilik New York Cafe (Dual Role)
- Aman Verma sebagai Zubin, kawan Piya
- Nawab Shah sebagai Vishal Goyal, (adik Piya)
- Soni Razdan Puan. Goyal
- Javed Sheikh sebagai Encik Samrat Goyal
Anupam Kher memainkan peranan kerdil untuk kali pertama dalam kerjayanya.
Rujukan
Pautan luar