Selepas pembelotan Tver ke Lithuania, Khan Muhammad Ozbeg dari Angkatan Kencana terpaksa berharap pada Ivan sebagai vasalRusianya yang terutama. Ivan menjadi pemungut cukaiMongolia yang terutama dan menjadikan diri dan Moscow amat kaya melalui pemeliharaan kesetiaan kepada Angkatan Kencana. Oleh itu, beliau memperoleh nama samaran, Kalita, yang bermaksud "beg duit".
Ivan mempergunakan kekayaan ini untuk memberikan pinjaman kepada kerajaan-kerajaan Rusia yang berjiran. Bandaraya-bandaraya itu beransur-ansur hutang sekeliling pinggang dan keadaan ini membenarkan waris-waris Ivan untuk mengilhakkan kawasan-kawasan mereka.
Bagaimanapun, kejayaan Ivan yang terunggul adalah untuk meyakinkan Khan di Saray supaya membenarkan anak sulungnya mewarisinya sebagai Grand Prince Vladimir. Sejak masa itu, jawatan yang terpenting in hampir selalu dijawat oleh keluarga pemerintah Moscow.