Itamar Ben-Gvir (Ibrani: אִיתָמָר בֶּן גְּבִירcode: he is deprecated ; lahir 6 Mei 1976) ialah seorang peguam dan ahli politik Israel selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri entiti tersebut sejak 2022.[2] Dia merupakan pengikut Kahanisme, sebuah aliran Zionis tegar[3][4] yang mendukung pengusiran warga Israel berbangsa Arab yang dianggap tidak setia kepada pemerintahan Israel.[5][6] Parti Kuasa Yahudi pimpinannya[7][8] memenangi enam kerusi dalam Knesset semasa pilihan raya umum Israel 2022 yang dilihat banyak pemerhati politik serantau sebagai pemerintah palinf berhaluan kanan sepanjang sejarah politik entiti tersebut.[9][10][11]
Biografi
Itamar Ben-Gvir lahir di Mevaseret Zion, ayahnya Zadok Ben-Gvir (צדוק בן גביר), nama keluarga asal: حَنَان Hanan) keturunan Iraq yang lahir di Baitulmaqdis dan bekerja di sebuah stesen minyak manakala ibunya Shoshanah (שושנה; nama keluarga asal: שנגלוף Shangloff) asal Kurdistan anggota Irgun dan suri rumah. Keluarganya beraliran sekular tetapi dia mula memegang ideologi radikal semasa Intifadah Pertama. Dia anggotai parti Moledet (מולדת, "tanah lahir") sebelum beralih kepada parti Kach/Kahane Chai yang dikelaskan sebagai pertubuhan pengganas oleh pemerintah entiti Israel sendiri.[12][13] Dia dibuang kelayakan dikerah masuk ke Angkatan Pertahanan Israel apabila mencecah usia 18 tahun kerana latar belakangnya.[14][15]
Apabila Baruch Goldstein melakukan pembunuhan jemaahMasjid Ibrahimi di Khalil tetapi berjaya ditangkap dan dipukul mati para saksi pada 1994, Itamar menggantung gambar Baruch di ruang tamunya sebagai idola sanjungannya.[8] Itamar mula dikenali orang ramai pada 1995 apabila dirakam mencuri hiasan hud kereta Cadillac milik Yitzhak Rabin sambil berkata "kami berjaya tangkap keretanya, dan kami akan tangkapnya nanti"; beberapa minggu selepas itu Yitzhak dibunuhYigal Amir, seorang aktivis sefahaman Itamar.[15][16]