Ismail Amat (September 1935-16 Oktober 2018) ialah seorang tokoh Muslim Uyghur yang merupakan ahli politik di China. Beliau dilahirkan di Hotan, Xinjiang, dari satu keluarga petani miskin. Dia menjadi gabenor Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur. Beliau adalah salah seorang pemimpin Uyghur Muslim yang mendapat kedudukan politik yang tinggi di negaranya.
Kematian
Ismail Amat meninggal dunia pada 16 Oktober 2018 di Beijing, pada usia 83 tahun.[1][2] Dia dikuburkan di Perkuburan Revolusi Babaoshan. Presiden China Xi Jinping, Naib Presiden Wang Qishan, bekas Presiden Hu Jintao, dan banyak pemimpin tertinggi lain menghadiri pengebumiannya.[3]
Rujukan