Agama Islam mempunyai sejarah yang lama di China. Agama ini telah wujud sejak Dinasti Tang setelah seorang sahabat Nabi Muhammad, Sayyidina Sa`ad ibn Abi Waqqas, diutuskan sebagai wakil baginda Rasul kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintahkan pembinaan masjid yang pertama di China.[1] Sebuah ciri terkenal masyarakat Islam Muslim di China ialah kemunculan imam wanita bagi makmum wanita.[2] Suatu bentuk kaligrafi Islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. HajiNur Din Mi Guangjiang ialah seorang penulis khat sini terkenal menurut tradisi ini. Populasi Muslim di China berkisar 23 juta jiwa pada tahun 2010 yang tersebar diseluruh penjuru negeri.
Sejarah
Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Sayyidina Uthman ibni Affan r.a., Khalifah Islam, pada 651, lebih kurang dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Rombongan itu diketuai oleh Sayyidina Sa`d ibn Abī Waqqās r.a. , bapa saudara Nabi di sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid di Canton, masjid pertama yang dibina di negara itu. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman gemilang di China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Orang-orang Islam yang pertama kali bermastautin di China ialah dari kalangan saudagar Arab dan Parsi.[3] Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut kemudian diubah suai menjadi huihui atau Hui untuk merujuk kepada suku Cina Han yang memeluk agama Islam.
Oleh sebab bilangan penduduk Islam di China barat besar, banyak restoran Cina yang menghidangkan makanan halal. Di kebanyakan bandar raya utama di China, terdapat restoran halal atau gerai makanan milik pendatang dari China Barat seperti Orang Uyghur. Daging kambing biri dan kambing lebih biasa didapati di restoran-restoran tersebut berbanding dengan restoran makanan Cina yang lain disebabkan cita rasa mereka.
Masyarakat Hui telah mengubah suai seni bela diri wushu dan melahirkan seni yang baharu seperti bajiquan, piguazhang, dan liuhequan. Ada daerah-daerah utama yang dikenali sebagai pusat wushuMuslim, seperti Daerah Cang di Wilayah Hebei. Seni mempertahankan diri ini berbeza dengan seni yang diamalkan di Xinjiang.[4]
Istilah Cina untuk institusi Islam
Qīngzhēn (清真) ialah suatu istilah bahasa Cina yang boleh merujuk kepada agama Islam, orang Islam atau apa sahaja perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Secara harfiah, qīngzhēn bermaksud "kesucian benar."
Dalam bahawa Cina, makanan halal dikenali sebagai qīngzhēn cài (清真菜) atau "makanan suci lagi benar." Masjid dipanggil qīngzhēn sì (清真寺) atau "tempat ibadat yang suci lagi benar."