Iran Air atau Penerbangan Iran ialah penerbangan kebangsaan Iran yang berhab di Tehran, Iran. Penerbangan ini mempunyai 44 destinasi.
Sejarah
Pada tahun 1946, sekumpulan ahli perniagaan Iran menubuhkan sebuah penerbangan kebangsaan iran yang dinamakan Iranian Airways Company. Dengan menggunakan pesawat DC-3, penerbangan ini menghubungkan Iran dengan negara-negara Eropah. Manakala, sebuah syarikat penerbangan swasta yang bernama Persian Air Services ditubuhkan pada tahun 1954 untuk pengangkutan kargo. Kedua-dua penerbangan kemudiannya bergabung pada tahun 1962 menjadi Iran Air.
Armada Pesawat
Iran Air mengoperasikan beberapa pesawat jet yang dibina oleh Boeing, Airbus dan Tupolev. Purata umur pesawat-pesawatnya ialah 22 tahun pada Oktober 2006. Berikutan sekatan ekonomi Amerika, Iran Air mengalami kesulitan dalam penjagaan pesawat-pesawatnya dan juga pembelian pesawat-pesawat baru. Kebanyakan Boeing 747 dan Airbus A310nya kini terpaksa ditamatkan operasinya kerana kekurangan komponen ganti.
21 Januari, 1980; Pesawat Boeing 727-86 terhempas berdekatan Tehran. Pesawat ini tersasar dari landasan ketika pendaratan di cuaca bersalji. Kesemua penumpang dan anak kapalnya terbunuh.
3 Julai, 1988, Penerbangan 655 Iran Air ditembak oleh tentera laut Amerika dari kapal USS Vincennes di Teluk Parsi. Menurut Washington, tindakan ini merupakan kesilapan pegawai tenteranya.