Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) merupakan sebuah institut latihan awam berstatus kerajaan yang terletak di Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Ia bertanggungjawab dalam memberikan dan meningkatkan tahap pembelajaran kepada penjawat-penjawat awam dalam bidang pentadbiran tanah, pengukuran dan pemetaan serta teknologi maklumat. [1]
Sejarah
INSTUN mula ditubuhkan pada 1 Mei 1998 atas arahan kabinet jemaah menteri pada 9 Julai 1997. Semasa penubuhan INSTUN, institusi ini terletak di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan ia telah beroperasi di Wisma Tanah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang merupakan ibu pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia sebelum berpindah ke tapak sedia ada pada tahun 2002. Kos pembinaan pada masa tersebut adalah sebanyak RM117.2 juta. [2]
Bahagian
Terdapat empat bahagian di dalam Institut Tanah dan Ukur Negara iaitu:
Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah
Bahagian Ukur dan Pemetaan
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Bahagian Teknologi Maklumat
Rujukan
^"Objektif INSTUN". instun.gov.my. Institut Tanah dan Ukur Negara. Dicapai pada 15 Februari 2024.
^"Sejarah Penubuhan". instun.gov.my. Institut Tanah dan Ukur Negara. Dicapai pada 15 Februari 2024.