Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Institute of Standards and Technologycode: en is deprecated , NIST), dahulunya dikenali sebagai Biro Piawaian Negara (National Bureau of Standards, NBS) pada tahun 1901 hingga 1988, ialah sebuah makmal piawaian ukuran yang merupakan agensi bukan kawal selia di bawah Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Misi rasmi institut ini adalah "memupuk inovasi dan daya saing Amerika Syarikat dengan memajukan sains ukuran, piawaian, dan teknologi dengan cara yang memperkuat keselamatan ekonomi dan meningkatkan mutu hidup rakyat".[2]
Pertubuhan
NIST beribu pejabat di Gaithersburg, Maryland, dan mengendalikan sebuah kemudahan di Boulder, Colorado. Kegiatan NIST terdiri daripada program dalam dan luar makmal. Sejak 1 Oktober 2010, NIST terdiri daripada enam unit makmal,[3] iaitu:[4]
Hollings Manufacturing Extension Partnership (HMEP), serangkaian pusat bantuan seluruh negara untuk menolong pengilang kecil;
Program Inovasi Teknologi (TIP), sebuah program geran yang mana NIST dan rakan-rakan industri berkongsi kos dalam pembangunan peringkat awal teknologi yang berinovasi tetapi berisiko tinggi;
NIST juga mengendalikan sebuah kemudahan pengguna sains neutron, iaitu Pusat Penyelidikan Neutron NIST (NIST Center for Nuclear Research, NCNR). NCNR memberi para saintis laluan kepada pelbagai instrumen penyerakan neutron yang digunakan dalam pelbagai bidang penyelidikan (sains bahan, sel bahan api, bioteknologi, dsb.).
Kemudahan Sinaran Ultralembayung Sinkrotron III (Synchrotron Ultraviolet Radiation Facility, SURF III) ialah satu sumber sinaran sinkrotron yang beroperasi sejak tahun 1961. SURF III kini berfungsi sebagai piawaian negara AS untuk radiometri berasaskan sumber di seluruh spektrum optik teritlak. Semua instrumen pemerhatian ultralembayung lampau bawaan NASA ditentukur di SURF sejak 1970-an, dan SURF digunakan untuk penyukatan dan penyifatan sistem-sistem untuk litografi ultralembayung lampau.
Sebagai sebahagian misinya, NIST membekali sektor perindustrian, akademia, kerajaan, dan pelbagai jenis pengguna lain dengan 1,300 Bahan Rujukan Piawaian (Standard Reference Materials, SRMs). Artifak-artifak ini diperakui sebagai mempunya sifat-sifat atau kandungan komponen tertentu yang digunakan sebagai piawaian penentukuran untuk mengukur kelengkapan dan prosedur, penanda aras kawalan mutu untuk proses industri dan contoh-contoh kawalan uji kaji.