Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya (Rusia: Национальный исследовательский центр эпидемиологии и микробиологии имени почётного академика Н. Ф. Гамалеи, rumi: Natsional’nyy isslyedovatyel’skiy tsentr epidyemiologii i mikrobiologii imyeni pochetnogo akadyemika N. F. Gamalyeicode: ru is deprecated ), dahulu dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Persekutuan N. F. Gamaleya untuk Epidemiologi & Mikrobiologi (dan juga dikenali sebagai Institut Penyelidikan Saintifik Gamaleya atau Pusat Penyelidikan Kebangsaan Gamaleya untuk Epidemiologi dan Mikrobiologi) ialah sebuah institut penyelidikan kedoktoran Rusia yang beribu pejabat di Moscow. Setakat 2020[kemas kini] institut itu beroperasi di bawah naungan Kementerian Kesihatan Persekutuan Rusia. Diasaskan pada 1891 oleh Filipp Markovich Blyumental,[4] institut ini mengambil namanya (sejak 1949) dari ahli sains Rusia dan Soviet terkenal Nikolay Fyodorovich Gamaleya (1859-1949), yang dikenali sebagai perintis dalam mikrobiologi dan penyelidikan vaksin.
Rujukan
^http://drw.saw-leipzig.de/31229 - "BLJUMENTAL', Filipp Markovič [...] 1891-1917 [:] Gründer und Direktor des privaten „Chemisch-Mikroskopischen und Bakteriologischen Kabinetts“ bzw. „Chemisch-Bakteriologischen Instituts von Dr. Philipp Blumenthal“ [...] in Moskau [...]."