Gambar yang tertera pada paparan layar atau monitor komputer yakni ikon bertujuan membantu pengguna mencari fungsi-fungsi sistem komputer melalui simbol yang ringkas melambangkan sesuatu perisian, fungsi, atau fail data yang boleh diakses pada sistem seumpama tanda lalu lintas.[1] Pemaparan sebegini turut boleh menunjukkan terus cara menggunakan fungsi diterapkan dalam komputer.[2] Pengguna boleh mengaktifkan gambar sebegini menggunakan alat penunjuk tertentu seperti tetikus, laser penunjuk atau arahan suara.
Rujukan