Istilah Hinayana ( Sanskrit: हीनयान) adalah istilah dalam agama Buddha yang muncul selepas Mahayana berkembang. Istilah ini sebenarnya kurang tepat dipakai. Penggunaan pasangan yang lebih baik adalah Theravada - Mahayana, dan bukannya Hinayana - Mahayana. Hinayana bermakna kenderaan kecil, yang menunjukkan jumlah pengikut agama Buddha yang lebih sedikit berbanding aliran Mahayana (kenderaan besar). Aliran Hinayana disebut juga aliran Theravada.
Hinayana merupakan aliran agama Buddha yang menekankan kesucian dan keotentikkan ajaran agama Buddha sesuai dengan yang diajarkan Buddha Siddharta Gautama. Tidak seperti Mahayana yang menggunakan bahasa Sanskrit, Hinayana menggunakan bahasa Pali dalam peribadatan dan teks Tripitaka.
Saat ini pangkalan utama pengikut aliran Hinayana tersebar mulai dari Srilanka, Bhutan, Myanmar, Thailand, Vietnam, Kemboja, dan Laos .
Latar belakang Mahayana dan Hinayana
Antara abad 1 SM hingga 1 M, kedua istilah Mahayana dan Hinayana muncul di Sutera saddharma Lotus atau "Sutra Teratai Ajaran Kebajikan". Kira-kira abad ke-2 M, Mahayana ditakrifkan secara jelas. Nagarjuna mengembangkan falsafah "kekosongan" Mahayana dan membuktikan bahawa segala-galanya adalah "Kosong" dalam buku kecil "Madhyamika-karika". Kira-kira pada abad ke-4, Asanga dan Vasubandhu banyak menulis buku-buku Mahayana. Selepas abad ke-1 M, kaum Mahayana meneguhkan pendiriannya dan selepas istilah Mahayana dan Hinayana mulai dikenal.
Hinayana dan Theravada bukanlah suatu istilah yang sama. Theravada merujuk pada agama Buddha yang masuk ke Sri Lanka menjelang abad ke-3 SM di saat belum ada Mahayana di masa itu. Aliran Hinayana dibangunkan di India dan terlepas kewujudan dari aliran agama Buddha yang ada di Sri Lanka. Masa sekarang tidak ada lagi aliran Hinayana di belahan dunia manapun. Oleh kerana itu, pada tahun 1950 World Fellowship of Buddhists yang dibentuk di Colombo secara mutlak memutuskan bahawa istilah Hinaya harus dikeluarkan bila merujuk pada agama Buddha yang ada sekarang di Sri Lanka, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos, dan lain-lain.
Lihat pula
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.