Herman Obi merupakan pegawai khas bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang dilantik, Dr Aliakbar Gulasan yang bertanggungjawab dalam hubungan antara kaum. Beliau juga merupakan setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah[1].
Latar belakang
Herman merupakan seorang pemuda dari Pitas yang beragama Kristian. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Geografi) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau telah menjadi ahli DHPP sejak tahun 2016[2].
Rujukan