Henrique Pereira Rosa (18 Januari 1946 - 15 Mei 2013) ialah seorang ahli politik Guinea-Bissau. Beliau pernah menjadi Presiden sementara antara 28 September 2003[1] sehingga 1 Oktober 2005. Tugas utama kerajaan beliau ketika itu ialah mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan baru, yang berjaya dijalankan pada Mac 2004 (pilihan raya umum) dan Jun 2005 (pilihan raya presiden).
Rujukan
- ^ "Guinea-Bissau: New prime minister promises government of civilians, politicians", Lusa (nl.newsbank.com), 29 September 2003.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.