Heather Elizabeth Morris Hubbell (lahir Februari 1, 1987) ialah seorang pelakon, penyanyi, penari dan model Amerika Syarikat, dikenali dengan peranannya sebagai Brittany S. Pierce dalam siri muzikal komedi, Glee.
Kehidupan awal
Morris dilahirkan di Thousand Oaks, California,[1] dan dibesarkan di Scottsdale, Arizona. Beliau mula menari ketika berumur 9 tahun.[2] Bapa Morris meninggal dunia akibat kanser ketika beliau berumur 14 tahun. Selepas menamatkan persekolahan dari Sekolah Tinggi Desert Mountain, Morris mengambil keputusan untuk mendaftar di sebuah universiti tempatan tetapi menyedari dia berada di tempat yang salah dan sebaliknya berpindah ke Los Angeles ketika berumur 19 tahun.[3]
Karier
Penampilan ketara Morris yang pertama adalah pada tahun 2006 dalam So You Think You Can Dance musim 2.[4] Morris secara aktif mengejar karier dalam tarian dan telah dilatih tarian jazz. Kejayaan besarnya datang pada tahun 2007 melalui Beyoncé. Morris merupakan salah seorang penari sandaran Beyoncé ketika jelajah dunia The Beyoncé Experience dan[5] susulan itu beliau bekerja sekali lagi bersama Beyoncé dalam jelajah promosi mini "Single Ladies (Put a Ring on It)" termasuk persembahan pada tahun 2008 di Anugerah Muzik Amerika,[6]Saturday Night Live,[7]The Ellen DeGeneres Show, Today,[7] dan Total Request Live. Beliau juga menari sandaran untuk Beyoncé dan Tina Turner di Anugerah Grammy ke-50 pada tahun 2008.[8][9] Beliau kemudiannya muncul sebagai peranan kecil dalam Fired Up dimana beliau berjumpa koreografer, Zach Woodlee. Susulan filem itu, Woodlee membawa Morris untuk menari di rancangan lain yang dikoreografi oleh beliau termasuk episod Eli Stone dan Swingtown, filem Bedtime Stories dan akhirnya Glee.[10]
Glee
Morris mengambil kelas lakonan dan secara aktif mengejar karier lakonan ketika beliau diminta oleh Woodlee untuk mengajar koreografi tarian "Single Ladies" kepada pelakon-pelakon Glee. Pada masa yang sama, siri itu sedang mencari pesorak ketiga dan Morris kemudiannya mendapat watak Brittany.[7]
Peranan Morris menjadi lebih menonjol semasa sembilan episod terakhir musim pertama dan berikutan sambutan yang sangat positif terhadap karakternya, ia dinaik pangkat kepada watak tetap semasa musim kedua .[11]
Pada Jun 28, 2013, ia telah dilaporkan bahawa Morris tidak akan kembali sebagai watak tetap dalam musim kelima Glee.[12] Walau bagaimanapun, Morris menyambung wataknya untuk episod keseratus siri itu dan episod terakhir musim kelima. Morris juga muncul dalam lima episod musim keenam dan terakhir siri itu termasuk episod terakhir.
Kehidupan peribadi
Morris berkahwin dengan Taylor Hubbell dimana beliau mula mempunyai hubungan ketika dia merupakan pemain besbol kolej.[13] Mereka menghadiri sekolah tinggi yang sama di Arizona,[14] tetapi tidak mengenali diri masing-masing di sana.[15] Mereka mula mempunyai hubungan selepas Morris berpindah ke Los Angeles dan Hubbell menghubungi beliau di Myspace.[16] Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Louisiana di Lafayette, Hubbell mula tinggal bersama Morris di Los Angeles pada awal tahun 2012.[17] Morris melahirkan anak pertama mereka pada bulan September 2013.[14] Pada Ogos 28, 2014, ia telah diumumkan bahawa beliau dan Hubbell telah bertunang,[18] dan mereka berkahwin pada Mei 16, 2015.[19]
^"Up Close and Personal With Heather Morris!". Seventeen. November 6, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-19. Dicapai pada September 30, 2013. My boyfriend and I knew of each other in high school, but we didn’t know each other. He was a year younger than I was, so after I moved, he messaged me on MySpace, asking ‘When you come back, do you want to hang out?’ and I was like, 'You’re so cute, I’d love to!’