| Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia.Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 23 Mac 809, di Thus, Khurasan.
Harun Ar-Rasyid ialah khalifah kelima daripada Bani Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. Ayahandanya bernama Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan abangnya, Musa Al-Hadi ialah khalifah yang keempat. Ibundanya, Jurasyiyah al-Khayzuran berasal dari Yaman.
Walaupun berasal daripada dinasti Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid dekat dengan keluarga Barmaki dari Parsi (Iran). Ketika masa mudanya, Harun banyak belajar daripada Yahya ibn Khalid Al-Barmak.
Era pemerintahan Harun yang dilanjutkan oleh Ma'mun Ar-Rasyid, dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam kerana ketika itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.
Pada masa pemerintahannya, beliau:
- Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.
- Membangunkan kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah.
- Membangunkan tempat-tempat ibadat.
- Membangunkan prasarana pendidikan, kesihatan, dan perdagangan.
- Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai sebuah lembaga penterjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
- Membangunkan majlis Al-Muzakarah iaitu lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana.