Penggambaran aksi langsung berlangsung di England dan Scotland untuk lokasi luaran dan Leavesden Film Studios di Watford untuk lokasi dalaman dari Februari hingga November 2006, dengan rehat selama sebulan dalam Jun. Pasca-produksi pada filem itu diteruskan selama beberapa bulan selepas itu untuk menambah kesan visual. Bajet filem itu dilaporkan antara £75 dan 100 juta ($150–200 juta).[4][5] Warner Bros. mengeluarkan filem di Amerika Utara pada 11 Julai 2007 dan di United Kingdom pada 12 Julai, kedua-duanya dalam teater konvensional dan IMAX; ia adalah filem "Potter" pertama yang dikeluarkan dalam IMAX 3D.
Order of the Phoenix dibuka kepada pembukaan lima hari di seluruh dunia sebanyak $333 juta, kedua puluh lima sepanjang masa, dan memperoleh kutipan $942 juta, kedua kepada Pirates of the Caribbean: At World's End untuk jumlah terbesar 2007.[7][8] Filem ini telah dicalonkan untuk dua Anugerah Filem BAFTA pada tahun 2008. Ia telah dicatatkan sebagai kes perakaunan Hollywood, kerana Warner Bros. mendakwa filem itu kerugian $167 juta, walaupun jumlah kutipannya.
Sinopsis
Harry memasuki tahun kelimanya di Hogwarts,namun kebanyakan komuniti sihir menyisihkan Harry dan guru besarnya, Albus Dumbledore yang telah mengatakan bahawa kuasa jahat sihir, Voldemort telah kembali selepas 14 tahun dan telah memperoleh semula tubuh dan kuasanya. Namun, pihak seperti akhbar Daily Prophet dan menteri sihir sendiri, Cornelius Fudge, mengatakan bahawa Harry dan Albus sengaja mempropagandakan cerita tersebut. Fudge melantik seorang guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang baru iaitu Dolores Umbridge, yang telah amat bersedia untuk mengambil alih jawatan Albus Dumbledore sebagai pengetua Hogwarts dengan sokongan penuh Kementerian Sihir. Walau bagaimanapun, Harry dan kawan-kawannya seperti Ronald Weasley dan Hermione Granger amat tidak menyukainya kerana dia enggan untuk berbincang bersama mereka mengenai kepulangan Voldemort adn juga kerana tidak mengajar mereka sepenuhya subjek praktikal Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Disebabkan itu, mereka telah menubuhkan Tentera Dumbledore, sebuah persatuan rahsia untuk menpersediakan Harry dan 28 lagi orang kawan-kawan sekolahnya untuk menentang Voldemort dan Death Eaternya.
Kreacher watak elf milik rumah Black akan muncul dalam filem ini, namun pelakon yang bakal menggunakan suaranya di dalam filem ini masih belum diketahui. Sebenarnya, Kreacher tidak muncul dalam skrip awal filem, tetapi selepas mendapat bantahan J.K. Rowling yang menyatakan bahawa susah untuk menjamin kesinambungan filem ke-6 dan ke-7 sekiranya kehilangan watak Kreacher, pengarah membuat keputusan untuk mewujudkan watak Kreacher dalam filem.
Pada 1 April2006, yang lalu pelakon Helen McCrory yang melakonkan watak Bellatrix Lestrange mengumumkan bahawa beliau telah mengandung tiga bulan dan terpaksa menarik diri. Namun, pada 25 Mei diumumkan bahawa pelakon Helena Bonham Carter akan mengambil alih untuk melakonkan watak tersebut.
Evanna Lynch telah mengalahkan 15 000 orang yang ingin melakonkan watak Luna Lovegood yang telah berbaris hampir satu batu panjangnya.
Watak remaja Remus Lupin pernah dikatakan bakal dilakonkan oleh Stuart Hastings, namun pihak Warner Bros telah menafikan kenyataan tersebut, dan pada 27 Mac 2006 diumukan bahawa sesiapa sahaja boleh melakonkan watak tersebut. Pada 25 Mei, James Utechin dikatakan telah memenangi tawaran untuk watak tersebut dan akan melakonkan watak itu. James Walters yang mendapat tawaran untuk watak remaja Sirius Black juga pernah mencuba untuk mendapatkan watak tersebut.
Catatan
A Nigel bukanlah watak daripada buku. William Melling turut muncul dengan watak yang sama dalam filem sebelumnya, Harry Potter and the Goblet of Fire (2005).
Runut Bunyi
Soundtrack atau runut bunyi telah digubah oleh Nicholas Hooper. Album ini dilancarkan pada 10 Julai 2007. Pengarah muzik untuk album ini ialah Alastair King dan dimainkan oleh Chamber Orchestra of London. Pengedaran album ini diurus oleh Warner Brothers Records (148156-2). Album ini juga mempunyai dan mengandungi hasil kerja dari Nicholas Hooper yang juga merupakan komposer ke-5 untuk siri album runut bunyi Harry Potter.
Senarai lagu
Fireworks
Professor Umbridge
Another Story
Dementors in the Underpass
Dumbledore's Army
The Hall of Prophecies
Possession
The Room of Requirements
The Kiss
A Journey to Hogwarts
The Sirius Deception
Death of Sirius
Umbridge Spoils a Beautiful Morning
Darkness Takes Over
The Ministry of Magic
The Sacking of Trelawney
Flight of the Order of the Phoenix
Loved Ones and Leaving
Tema asal Harry Potter dikarang oleh John Williams.
^ abHaun, Harry (20 Jun 2007). "Harry the Fifth". Film Journal International. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-26. Dicapai pada 26 Jun 2007. Unknown parameter |arc hive-date= ignored (bantuan)
^ abRalat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bom-hp5