Hamzah bin Abdul Muttalib (Arab: حمزه بن عبدالمطلبcode: ar is deprecated ; b.568[1]-d.625) diperkirakan lahir pada waktu hampir sama dengan Nabi Muhammadﷺcode: ar is deprecated . Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib berketurunan Bani Zuhrah. Hamzah juga merupakan ayah saudara kepada Nabi Muhammadﷺcode: ar is deprecated , dan juga merupakan adik-beradik susuan dengan Nabi Muhammad ﷺcode: ar is deprecated , ini kerana Hamzah dan Nabi Muhammad pernah disusukan oleh Thuwaibah hamba perempuan Abu Lahab sewaktu mereka berdua masih bayi.[2]
Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib bersama Haulah dan Abdullah bin Abdul Muttalib bersama Aminah binti Wahb terjadi sama waktunya. Diriwayatkan juga ibu Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib.
Hamzah mempunyai tubuh yang tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya. Hamzah akhirnya telah memeluk Islam
Kehidupannya
Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda."[1] Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai "Singa Allah" (Arab: أسد اللهcode: ar is deprecated ) kerana keberaniannya.
Selain Hamzah ialah pakcik saudara/bapa saudara kepada junjungan mulia Nabi Muhammadﷺcode: ar is deprecated , Saidina Hamzah ini juga merupakan adik beradik sesusu dengan baginda Nabi. Hal ini seperti dikhabarkan dalam Hadis Sahih riwayat Imam Muslim:
Dari Ummu Salamah isteri Nabi ﷺcode: ar is deprecated : "Ditanyakan orang kepada Rasulullah ﷺcode: ar is deprecated : "Adakah engkau ingin ya Rasulullah mengahwini puteri Hamzah? atau ditanyakan : "Mengapakah engkau tidak hendak meminang puteri Hamzah bin Abdul Muttalib? Nabi ﷺcode: ar is deprecated menjawab : "Sesungguhnya Hamzah saudara sesusu dengan aku"
Memeluk Islam
Hamzah tidak mengambil tahu sangat mengenai Islam pada awalnya. Beliau tidak menyahut seruan pertama Nabi Muhammad kepada Bani Hashim pada 613.[3]
Beliau memeluk Islam pada akhir 615 atau awal 616,[4] selepas diberitahu Abu Jahal menghina dan mencederakan baginda.[5]
Jasa dan perjuangannya
Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy iaitu Utbah dan Shaibah.
Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam.
Beliau digelar Nabi sebagai penghulu para syuhada:
"Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh." (Hadis Riwayat Al-Hakim)