Hajime Syacho (はじめしゃちょー, Hajime Shachō, lahir 14 Februari 1993) ialah YouTuber asal Jepun, dan setakat Mac 2019, mempunyai akaun YouTube dengan paling banyak pengikut di Jepun.[2] Syacho bekerja di bawah naungan media syarikat saluran pelbagai jaringan, UUUM. Beliau memiliki nama samaran Hajimen (はじめん) dan Moyashi (もやし).
Biografi
Kehidupan awal
Syacho dilahirkan pada tarikh 14 Februari 1993, di Tonami, Toyama. Dia dinamakan "Hajime" (元) kerana keinginan orang tuanya supaya dia terus bertenaga dan sihat (元気).[Videos 1]
Semasa di sekolah menengah komprehensif dan sekolah tinggi, beliau menjadi naib pengerusi majlis pelajar di sekolahnya. Beliau berkata bahawa ketika di sekolah dahulu, beliau adalah "jenis murid yang sentiasa berada di pinggir kumpulan dalam bersosialisasi."[Videos 2][3]
Sejak di sekolah menengah, Syacho sudah sering membina video apabila beliau merakam video dengan rakan-rakan untuk sekedar mencari kesenangan seperti "menanggalkan seluar dalam sambil memakai seluar pendek" dan sebagainya.[4]
Selain menjadi ahli majlis perwalikan pelajar, beliau juga ikut pasukan bola keranjang di sekolahnya. Markah akademiknya tidak begitu bagus, tetapi Syacho agak tidak peduli kerana mempunyai impian menjadi pemain bola keranjang profesional. Setelah lulus, teman asmaranya pada masa itu memasuki universiti atas kemasukan cadangan (sejenis kemasukan yang membenarkan seseorang menyerahkan surat cadangan dan memasuki sekolah tanpa harus mengambil peperiksaan).
Keinginannya pun bertukar, dan Syacho tidak ingin kalah dari teman wanita. Beliau mula belajar selama kira-kira sepuluh jam sehari dan mendapat markah tertinggi bagi ujian percubaan di sekolahnya. Walau bagaimanapun, keputusan hasil peperiksaan pada Ujian Pusat Kebangsaan Kemasukan Universiti adalah 150 mata lebih rendah daripada markah penanda aras, menyebabkan beliau pergi ke Universiti Shizuoka, yang bukan pilihan pertamanya, mengikut nasihat daripada ahli fakulti sekolahnya. Selepas itu, setelah berpisah dengan teman wanitanya, beliau mula menyiarkan video yang dibuatnya bersama rakan-rakannya semasa tahun pertama kolej di YouTube, beliau berfikir "saya akan fokus pada diri saya sendiri."[Videos 3][a]
YouTube
Pada Mac 2012, beliau dan rakan sekelasnya di universiti menubuhkan pasukan videonya "Syarikat Hajime" dan mula menyiarkan video berkongsi dengan kawan di YouTube. Video pertamanya hanya mendapat 3 penonton sahaja.[b] Selepas itu, Syacho membuka akaun youtube peribadi dan menukar nama youtubenya "Hajime-shachō" (はじめ社長, Presiden Hajime) ke pada Hajime Syacho (はじめしゃちょー).[Videos 5][3]
Dari September 2013 hingga Mac 2014, Syacho belajar bahasa Inggeris di United Kingdom. Selepas kembali ke Jepun pada 1 April 2014, beliau mengumumkan gabungannya dengan syarikat kumpulan penciptaan kandungan dan pempengaruh, UUUM.[6]
Syacho pertama kali muncul di televisyen dalam iklan YouTube Jepun "Suki na koto de, ikite iku" pada Jun 2015. Seiring dengan aktiviti ini, iklan halaman penuhnya telah disiarkan dalam Weekly Shonen Jump[7] dan Shibuya 109, dan beliau meraih kemasyhuran di luar YouTube. Namun begitu, perihal penggambarannya mengganggu aktiviti belajar di universitinya. Selepas pertimbangan, beliau memutuskan bagi tidak bimbang tentang pembelajarannya dan fokus terhadap video, sambil berkata, "anda hanya hidup sekali, jadi anda pun harus mampu menjadikan hidup anda menarik".[3]
Pada Mac 2016, selain memperoleh pelanggan terbanyak di YouTube Jepun pada masa itu, beliau berjaya lulus dari universiti.[8][9]
Pada Februari 2017, dia membuka tapak web peminat berasaskan bayaran, "Hajimeno".[10]
Pada Mac 2017, Mizunyan, seorang penyiar web, mendedahkan skandal penipuan Hajime Syacho dengan Yuka Kinoshita, yang juga ahli pempengaruh dari UUUM.[11][12] Selain itu, beliau disyaki menjalin hubungan dengan model wanita yang bermalam di rumahnya. [11] Sebagai tindak balas, beliau mengeluarkan video mengakui kalau beliau berkongsi dengan Yuka melakukan tindakan penipuan, tetapi menafikan hubungan asmara dengan model itu.[11] Pada 30 Mac tahun yang sama, beliau mengisytiharkan hiatus di laman kelab peminatnya.[13] Dia kemudiannya menyambung semula aktivitinya di YouTube pada 12 Mei.[14]
Pada tahun 2017, seorang peminat wanita mengintainya.[15] Pada awal November, wanita itu menghampiri rumah Hajime Syacho dan menerima arahan sekatan daripada polis. Pada bulan Disember, dia ditangkap kerana melanggar perintah sekatan dan menceroboh rumahnya. [16] Wanita itu kemudiannya ditangkap pada Februari 2018 kerana mengintip seorang lagi YouTuber lain.[15]
Kehidupan peribadi
Syacho mempunyai tiga saluran akaun di YouTube. Akaun utamanya mengandungi video rawak tanpa mengira genre seperti percubaan, kamera tersembunyi, video soal jawab dan ulasan produk. Pada akaun sampingannya, beliau membina video terutamanya cerita sehari-hari hidupnya, Let's Play, mengumpulkan kad Yu-Gi-Oh! dan video promosi bagi syarikat. Akaun ketiganya membina video tentang kehidupan bersama rakan sebiliknya.
Punca keghairahannya menjadi pempengaruh YouTube mengatasi pebola keranjang adalah kerana didikan daripada orang tuannya yang ketat, dan sampai sekarang, orang tuannya menggalakkan kandungan apa yang boleh dibinanya.[Videos 6][4]
Pengaruh
Sebagai pempengaruh selain daripada kerjaya YouTube, beliau mempunyai bilangan pengikut Twitter terbesar kelima di Jepun.[17] Di TwitCasting, jumlah bilangan penontonnya ialah kesembilan terbesar Jepun.[18]
Beliau sering merancang aktiviti memanfaatkan pengaruhnya, dan pada 2015, beliau merekrut 740 peserta dalam acara di Yokohama. Acara beliau berjaya merekodkan Rekod Dunia Guinness bagi jumlah peserta terbesar dalam permainan patung.[19]
Selain itu, atas permintaan daripada syarikat, beliau kerap menyiarkan video ulasan produk dan mengambil bahagian dalam acara dan kempen pemasaran.
Sementara itu, dalam video yang ditajuk, "Saya akan belajar di luar negara di Amerika Syarikat selama 3 tahun", dia menyiarkan video kamera keselamatan rumahnya, dan bercakap tentang pemindahan secara paksa.[20] Sebab ada beberapa penonton dan peminat tidak dikenal berulang kali menceroboh ke rumahnya.[21] Banyak pula videonya, seperti "membazirkan krim Nivea", "disyaki menipu", "mematahkan tongkat golf", dan "mengubah komputer rosak menjadi tempura", telah diambil oleh saluran berita talian, yang mengakibatkan terkadang mendapatkan pembulian dari netizen[22][11][23][24]
Beliau berkata sampai harus memasukkan mesej amaran sebelum menayangkan video dengan kandungan berbahaya bagi memberitahu penonton supaya tidak meniru perbuatannya. Walaupun beberapa video seperti itu ialah sah, video-video yang disyaki terlalu berbahaya kemudiannya dimasukkan ke dalam senarai mainan peribadi.[Videos 7]
Penampilan
Siri TV
- Zattsu! Kōhaku Senden-bu Kōhaku Senden-bu
- Minna de Tsukuru: Minchan! (5 Jul – 27 Dis 2016, Tokyo MX)[25]
TV Internet
- 72-Jikan Honne TV (3 Nov 2017, AbemaTV Abema Istimewa)
- P-Sports ~Mezase, Pokémon Battle Master!~ ~
Iklan Pemasaran
Lakonan suara
Bibliografi
- Buku Foto Hajime Syacho[29] (diterbitkan tarikh 26 Ogos 2015, Kodansha)
- Buku Foto Hajime Syacho-Sotsugyō-[30] (dikeluarkan tarikh 21 Julai 2016, Kodansha)
Nota
- ^ Sebab lain ia memulai aktiviti penggiat YouTube ialah, "hanya ingin merakam memori-memori yang berbaloi di dalam hidupnya. Baik sedih maupun gembira,"[Videos 4] juga kerana "pertemanan di universiti membuatnya jenuh,"[3] dan ia ingin "mencuba banyak nian hal baharu."[5]
- ^ Syacho berkata, "Aku menengok videoku sendiri hingga sembilan kali, sudah tentu jumlah viewnya 12. Angka tadi ada kesilapan."[Videos 1]
Nota video
Rujukan
Pautan luar