Gunung Lucia

Gunung Lucia
Titik tertinggi
Ketinggian1,189 m (3,901 ka)
Geografi
LokasiSabah, Malaysia

Gunung Lucia merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia.[1] Gunung Lucia mempunyai ketinggian setinggi 1,189 meter. [2]

Gunung Lucia merupakan gunung berapi pendam.[3] Gunung Lucia terkelompok berhampiran dengan Gunung Maria, dan Gunung Magdalena yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau, Sabah. Selain Gunung Lucia, terdapat beberapa lagi gunung di sekelilingnya yang merupakan bekas gunung berapi purba iaitu Gunung Bombalai, Quoin, Andrassy, Wullersdorf, Bukit Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.[4]


Rujukan

  1. ^ "52 PENDAKI BERJAYA MENAWAN GUNUNG LUCIA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-14. Dicapai pada 2017-08-14.
  2. ^ Directory of important bird areas in Malaysia: key sites for conservation.
    Chin Aik Yeap, BirdLife International. Important Bird Area Programme, Malayan Nature Society
    Malaysian Nature Society, 2007 - Nature - 330 pages
  3. ^ Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volumes 31-32
    Penerbit Universiti Malaya, 1992 - Geology
  4. ^ Negara Miliki Gunung Berapi PraSejarah, Pelihara khazanah Gunung Maria tak akan meletus

Pautan luar

Koordinat: 4°28′00″N 117°56′00″E / 4.46667°N 117.93333°E / 4.46667; 117.93333