Gunung Kusatsu-Shirane (草津白根山, Kusatsu Shirane-san) merupakan sebuah gunung berapi aktif yang terletak di pekan Kusatsu di wilayah Gunma, Jepun.
Letusan
Pada 23 Januari 2018, Kusatsu-Shirane telah meletus dan menyebabkan sebuah runtuhan salji di sebuah kawasan ski berdekatan yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Pertahanan Diri Jepun dan mencederakan 11 orang lain.[1] Selain itu, batu-batuan yang diletuskan gunung itu pula menyebabkan tingkap di sebuah kereta kabel pecah yang menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang cedera.[2]
Letusan itu meletakkan gunung tersebut pada kategori Tahap 3 di Tahap Pengawasan Gunung Berapi.[3]
Galeri
Rujukan