Gunung Chingkai yang terletak berhampiran dengan Kampung Jalong/Sungai Siput, Perak mempunyai ketinggian setinggi 1,397 meter (4,583 kaki).
Gunung Chingkai mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Gunung Chingkai merupakan sebuah gunung penting bagi puak Temiar yang mempercayai bahawa manusia berasal dari gunung tersebut.[1]
Rujukan
Pautan luar