Gunung Che Tahir atau Gunung Chik Tahir ialah salah satu gunung daripada 10 puncak yang terletak di Taman Negeri Gunung Stong, Dabong, Kelantan, Malaysia. Ia berketinggian 1,379–1,430 m (4,524–4,692 ka)[1][2][3] dan merupakan penghujung denai gunung Ayam.[4] Ia menjadi kawasan untuk banyak flora yang mempunyai nilai perubatan.
Ia pernah menjadi lokasi pendakian bertujuan untuk berekreasi oleh Persatuan Kembara Negara (PKN) yang berjaya mendaki sembilan puncak yang semuanya berjaya dilengkapkan oleh 16 pendaki yang terdiri daripada ahli Kelab Kembara dan Sukan Lasak Institut Kejuruteraan Tentera Darat yang berpangkalan di Port Dickson. Ini merupakan pertama kali diadakan aktiviti pendakian ke semua sembilan puncak yang ada di Taman Negeri Gunung Stong. Kesemua sembilan puncak itu berjaya ditawan dalam tempoh lima hari dan merupakan satu rekod baru dicipta dalam aktiviti pendakian.
^Chew, Ming Yee; Yao, Tze Leong; Kamarudin, S.; Kiew, Ruth (2009). "Exploration, vegetation and a survey of plant life of the Gunung Tera area, Kelantan, Peninsular Malaysia". Malayan Nature Journal. 61 (1): 67–120.
^"Begonia foxworthyi". Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Dicapai pada 14 Julai 2023.