Gunung Cantik (1791 m)[1] terletak di Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Malaysia. [2].
Pendakian boleh dimulakan dari Cameron Highlands. Ia terletak berhampiran dengan gunung Centuk dan gunung Beluat. Gunung Cantik & Gunung Centuk merupakan gunung kembar di Banjaran Titiwangsa. Kedudukan kedua gunung ini berada berdekatan Lembah Sungai Boh, Ringlet, Cameron Highland (CH), Pahang. Kaki gunung ini yang menghadap Lembah Boh telah dijadikan kawasan tanaman teh manakala bahagian puncak dan sisi yang lain masih lagi hutan belukar.[3]
Rujukan
Pautan luar