Graviti buatan atau pseudograviti ialah penghasilan daya inersia, biasanya melalui putaran, di mana ia mensimulasikan kesan-kesan daya graviti.[1] Daya normal ini boleh dihasilkan melalui beberapa kaedah seperti putaran, pecutan linear dan kemagnetan.[1]
Graviti jenis ini telah digunakan dalam simulasi yang melatih para angkasawan agar membiasakan diri dalam keadaan yang ekstrem.[2] Teknik ini turut diusulkan sebagai suatu langkah mengurangkan kesan-kesan mendadak yang dialami akibat pendedahan angkasawan kepada kenirberatan yang berpanjangan semasa menjelajahi angkasa lepas. Walau bagaimanapun, pemakaian konsep ini untuk kegunaan manusia di angkasa lepas tidak ada setakat ini kerana adanya pertimbangan mengenai saiz dan kos pembinaan kapal angkasa yang perlu untuk menghasilkan pecutan memusat yang berguna serta setara dengan kekuatan medan graviti yang ada di Bumi.[3]
Lihat juga
Rujukan