Grand Prix Brazil 2007 (nama rasmi: (XXXVI Grande Prêmio do Brasil) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 21 Oktober 2007. Ia merupakan perlumbaan ke-17 dalam kalendar Formula Satu musim 2007. Kimi Räikkönen memenangi perlumbaan ini dan berjaya menjadi Juara Pemandu Dunia bagi tahun 2007.
Pra perlumbaan
Untuk perlumbaan ini, kerja pembaikian terbesar dalam masa 35 tahun telah dijalankan di Autódromo José Carlos Pace untuk mengatasi masalah permukaan litar. Permukaan asfalt diganti.[1] Pada masa yang sama, laluan pit diubahsuai untuk keselamatan pemandu.[2] Untuk kerja pembaikian, litar ini telah ditutup dan tiada acara diadakan untuk 5 bulan sebelum perlumbaan diadakan.[3]
Laporan
Pertukaran pemandu
Pemandu Williams-Toyota, Alexander Wurz, bersara dari Formula Satu selepas Grand Prix China 2007. Beliau digantikan oleh pemandu Jepun, Kazuki Nakajima. Ini bermakna, tiga pemandu Jepun telah menyertai sebuah Grand Prix untuk pertama kali sejak Grand Prix Jepun 1995.
Klasifikasi
Kelayakan
Perlumbaan
Pautan luar
Koordinat: 23°42′13″S 46°41′59″W / 23.70361°S 46.69972°W / -23.70361; -46.69972