Gereja Ortodoks Yunani St. Nicholas

Templat:Infobox gereja

Gereja Ortodoks Yunanu St. Nicholas (bahasa Inggeris: St. Nicholas Greek Orthodox Church) pernah wujud di seberang Liberty Street dari Menara Selatan World Trade Center di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat. Ia musnah sepenuhnya dalam serangan 11 September 2001 ketika Menara Selatan tumbang.[1] Ia merupakan satu-satunya bangunan bukan WTC yang dimusnahkan secara langsung oleh serangan itu.

Dua lagi bangunan lain yang tidak tergolong dalam kompleks WTC turut musnah: Deutsche Bank Building rosak teruk akibat serangan itu dan keruntuhan 1 dan 2 WTC, dan Dewan Fiterman di Kolej Komuniti Daerah Manhattan pula rosak teruk akibat keruntuhan 7 WTC. Kedua-dua bangunan ini terpaksa dinyahbina.

Sejarah

Bangunan yang menempatkan gereja ini dibina sekitar tahun 1832. Pada tahun 1916, kaum pendatang Greece menubuhkan jemaah Gereja Ortodoks Yunani St Nicholas, dan mulai tahun 1922, mulai mengadakan upacara sembahyang di tempat Liberty Street itu.[2][3] Bangunan gereja ini luasnya hanya 22 kaki (6.7 m), panjangnya 56 kaki (17 m), dan tingginya 35 kaki (11 m), oleh itu mudah kelihatan kecil berbanding Menara Berkembar setinggi 110 aras yang siap dibina pada tahun 1972–1973. Biarpun saiznya yang kecil dan tempatnya yang luar biasa, sebelum peristiwa 9/11, gereja ini dihadiri oleh sejemaah 70 keluarga yang dipimpin oleh Paderi John Romas. Pada setiap hari Rabu, bangunan gereja ini dibuka kepada awam sebagai ruang bertakafur dan doa untuk orang ramai termasuk kakitangan menara dan penganut bukan Ortodoks Yunani.

Antar harta benda yang paling bernilai di gereja itu adalah beberapa pusaka tinggalan St Nikolas, St Katarina, dan St Sava yang didermakan kepada gereja oleh Nikolai II, maharaja terakhir Rusia. Harta pusaka ini diambil keluar dari simpanan masing-masing pada hari-hari kudus untuk upacara penghormatan, tetapi tidak dapat dijumpai lagi selepas tragedi 9/11.

11 September 2001

Bangunan gereja ini ditimbus sepenuhnya oleh keruntuhan Menara Selatan WTC. Tiada sesiapa yang berada di dalam gereja itu ketika kemusnahan itu. Hanya sedikit sahaja barang-barangan di dalamnya yang dapat dijumpai semula, antaranya ialah patung-patung St. Dionysios dari Zakynthos dan Zoodochos Pege yang rosak serta sebilangan kecil aneka barangan keagamaan.[4][5][6]

Satu laporan akhbar Ortodoks Yunani mengatakan bahawa sebelum Menara Selatan itu runtuh, sebahagian gear pendaratan kapal terbang terbabit kelihatan terlantar di atas gereja. Begitu juga, anggota-anggota badan kelihatan di sekitar gereja sebelum menara itu runtuh, kemungkinan mayat mangsa yang jatuh dari menara itu.

Para ahli jemaah dan Paderi Romas telah berpindah sementara ke Gereja Besar Ortodoks Yunani St. Constantine dan Helen di Brooklyn. Juga dirancangkan supaya Gereja Ortodoks Yunani St. Nicholas dibina semula.

Rujukan

  1. ^ Greek Orthodox Parishes Of New York ... – Google Books. Books.google.com. 11 September 2001. Dicapai pada 4 Ogos 2010.
  2. ^ From Abyssinian to Zion: a guide to ... – Google Books. Books.google.com. Dicapai pada 4 Ogos 2010.
  3. ^ A Schneider (1 Oktober 2001). "America Transformed –St. Nicholas Greek Orthodox Church". NPR. Dicapai pada 4 Ogos 2010.
  4. ^ Terrorism & It's Effects – Google Books. Books.google.com. Dicapai pada August 4, 2010.
  5. ^ Planning for disaster: how natural ... – Google Books. Books.google.com. Dicapai pada August 4, 2010.
  6. ^ Thompson, M. Dion (30 September 2001). "A search for holiness amid rubble ; Greek Orthodox priest seeks relics of saints, while hoping to rebuild; TERRORISM STRIKES AMERICA". Pqasb.pqarchiver.com. Dicapai pada 4 Ogos 2010.

Pautan luar

Koordinat: 40°42′37″N 74°00′50″W / 40.71028°N 74.01389°W / 40.71028; -74.01389