George R. R. Martin

George R. R. Martin
Martin pada tahun 2017
Martin pada tahun 2017
LahirGeorge Raymond Martin
(1948-09-20) 20 September 1948 (umur 76)
Bayonne, New Jersey, U.S.
Pekerjaan
PendidikanNorthwestern University (BS, MS)
Genre
Pasangan
  • Gale Burnick (k. 1975; c. 1979)
  • Parris McBride (k. 2011)
Tandatangan
Laman web
Official website

George Raymond Richard Martin[1] (nama lahir George Raymond Martin, 20 September 1948),[2] ialah sebuah penulis novel, cerpen dan lakon layar serta penerbit televisyen dari Amerika Syarikat. Beliau dikenali melalui siri A Song of Ice and Fire; di mana ia diadaptasikan kepada siri Game of Thrones produksi HBO dari 2011 hingga 2019.

Biografi

Awal hidup dan pendidikan

George Raymond Martin lahir pada 20 September 1948,[3] di Bayonne, negeri New Jersey;[4] kepada Margaret Brady Martin dan Raymond Collins Martin, seorang pekerja dalam sebuah pelabuhan (longshoreman). Beliau mempunyai dua adik perempuan.

Martin menghadiri Mary Jane Donohoe School serta kemudiannya Marist High School di New Jersey.[5] Pada 1970, Martin mendapat ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang kewartawanan dari Medill School of Journalism milik Northwestern University di Evanston, Illinois secara summa cum laude; beliau meneruskan pengajian Sarjana Sainsnya dalam bidang Kewartawanan tahun 1971 di Medill.[6]

Ketika meletusnya Perang Vietnam, beliau mendapat kelayakan sebagai seorang askar kerahan namun beliau menolak lalu memohon penukaran tugas atas dasar cermat dan naluri (conscientious objector) sebagai seorang relawan Volunteers in Service to America di Cook County Legal Assistance Foundation selama dua tahun dari 1972 hingga 1974.[7][6]

Kerjaya penulisan

Ketika dia menduduki Marist High School, beliau mula menaruh minat terhadap buku komik terutamanya judul-judul mengenai kisah adiwira terbitan Marvel Comics;[5] beliau turut menjadikan Stan Lee antara idola penulisannya "lebih lagi berbanding Shakespeare atau Tolkien."[8] Beliau pernah mengutus surat kepada para editor komik Fantastic Four- isu No. 20 (November 1963) - para peminat yang turut menyumbang dalam bahagian surat-menyurat siri komik ini saling berutus surat dengannya sehingga mereka bersama-sama mewujudkan suatu lingkungan peminat (fandom) yang giat. Beliau turut menulis banyak terbitan peminat;[9] Suatu karya cereka peminatnya berjudul "Powerman vs. The Blue Barrier" memenangi suatu anugerah pengkaryaan peminat pada tahun 1965.[10]

Martin mula menulis cerita pendek dalam genre cereka sains secara profesional pada usia 21 tahun. Karya pertamanya, "The Hero", diterbitkan dalam isu Februari 1971 majalah Galaxy. Cerita pendek "With Morning Comes Mistfall" (1973) dalam majalah Analog dicalonkan untuk Anugerah Hugo[11] dan Anugerah Nebula. Novel pertamanya Dying of the Light disiapkan tahun 1976 dan terbit tahun 1977.

Kerjaya pertelevisian

Bibliografi

Novel

Novel pendek

  • A Song for Lya (1974)
  • The Mystery Knight (2010)

Antologi cerita pendek

  • Quartet (2001)
  • GRRM: A RRetrospective (2003)

Filemografi

Tahun Tajuk Catatan
The Twilight Zone
  • "The Last Defender of Camelot" (1986) – penulis (teleplay)
  • "The Once and Future King" (1986) – penulis (teleplay), penyunting cerita
  • "A Saucer of Loneliness" (1986) – penyunting cerita
  • "Lost and Found" (1986) – penulis (teleplay), from a published short story by Phyllis Eisenstein
  • "The Girl I Married" (1987) – penyunting cerita
  • "The World Next Door" (1989) – penyunting cerita
  • "The Toys of Caliban" (1986) – penulis (teleplay), from an unpublished short story by Terry Matz
  • "The Road Less Traveled" (1986) – penulis (story and teleplay), penyunting cerita
1987-1990 Beauty and the Beast Sebagai penerbit penasihat serta penasihat penulisan cerita, juga menulis episod-episod berikut:
  • "Terrible Saviour" (1987)
  • "Masques" (1987)
  • "Shades of Grey" (1988)
  • "Promises of Someday" (1988)
  • "Fever" (1988)
  • "Ozymandias" (1988)
  • "Dead of Winter" (1988)
  • "Brothers" (1989)
  • "When the Blue Bird Sings" (1989)
  • "A Kingdom by the Sea" (1989)
  • "What Rough Beast" (1989)
  • "Ceremony of Innocence" (1989)
  • "Snow" (1989)
  • "Beggar's Comet" (1990)
  • "Invictus" (1990)
1993 Doorways Sebagai penulis dan penerbit
2011-2019 Game of Thrones Sebagai penerbit eksekutif bersama,
  • "Winter Is Coming" (2010) – penampilan kameo
  • "The Pointy End" (2011) – penulis
  • "Blackwater" (2012) – penulis
  • "The Bear and the Maiden Fair" (2013) – penulis
  • "The Lion and the Rose" (2014) – prnulis
2015 Sharknado 3: Oh Hell No! Penampilan kameo
2015 Z Nation Penampilan kameo
2018 Nightflyers (2018) Sebagai penerbit eksekutif

Rujukan

  1. ^ Richards, Linda (Januari 2001). "January interview: George R.R. Martin". januarymagazine.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2012. Dicapai pada 21 Januari 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Author George R.R. Martin Is Visiting Texas A&M, Talks 'Game of Thrones' and Texas A&M Libraries". TAMUTimes. Texas A&M University. March 22, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2013.
  3. ^ "Monitor". Entertainment Weekly (1277/1278). September 20–27, 2013. m/s. 36.
  4. ^ "Life & Times of George R.R. Martin". George R.R. Martin (official website). Dicapai pada 27 Februari 2012.
  5. ^ a b Rutkoff, Aaron (July 8, 2011). "Garden State Tolkien: Q&A With George R.R. Martin". The Wall Street Journal. Mr. Martin, 62 years old, says that he grew up in a federal housing project in Bayonne, which is situated on a peninsula... 'My four years at Marist High School were not the happiest of my life,' the author admits, although his growing enthusiasm for writing comics and superhero stories first emerged during this period.
  6. ^ a b D'Mmassa, Don "Martin, George" pages 388-390 from St. James Guide to Horror, Ghost and Gothic Writers edited by David Pringle, Detroit: St. James Press, 19978 page 388.
  7. ^ "George Stroumboulopoulos Tonight, interview with Martin". George Stroumboulopoulos Tonight. CBC.ca. March 14, 2012. Dicapai pada 15 Mac 2012.
  8. ^ Macdonald, Fiona. "Who inspired the Game of Thrones creator?". www.bbc.com.
  9. ^ Dent, Grace (interviewer); Martin, George R. R. (12 Jun 2012). Game Of Thrones – Interview with George R.R. Martin. YouTube.
  10. ^ "1965 Alley Awards". www.hahnlibrary.net.
  11. ^ "With Morning Comes Mistfall". Hugo Awards. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2012. Dicapai pada May 22, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar