George Habash (Arab: جورج حبش) juga dikenali dengan gelaran laqab "al-Hakim" (Arab: الحكيم — yang bijaksana atau yang pakar) (2 Ogos 1926 – 26 Januari 2008) adalah seorang rakyat nasionalis Palestin. Habash, seorang penganut Kristian Palestin, telah dilabel sebagai pengganas oleh barat, namun pada hakikatnya beliau adalah Barisan Pembebasan Popular Palestin. Beliau juga mempelopori serangan ke atas Israel menggunakan taktik kaedah serangan dari pesawat ala Timur Tengah. Sepanjang hidupnya, beliau menyokong penggunaan nilai keganasan terhadap Israel.[1] Habash berkhidmat sebagai Setiausaha Agung kepada Barisan Pembebasan Popular Palestin sehingga tahun 2000, berikutan tahap kesihatannya yang semakin buruk telah memaksanya untuk mengundurkan diri. Beliau meninggal dunia di Amman, Jordan pada tahun 2008.
Rujukan
Pautan luar