Dibina pada tahun 1960an yang berdaya tujahan antara 191 hingga 205 kN (43,000 - 46,300 lbf). Ia adalah enjin pirau tingga pertama dibina.
CF6-6
Merupakan sebahagian daripada pembangunan enjin TF39 untuk jet tentera. Ia juga menjana pesawat DC-10-10.
CF6-50
Enjin pirau tinggi mejana kuasa tujahan antara 205 ke 240 kN (46,000 hingga 54,000 lbf). Enjin ini kemudiannya diubah suai lalu menghasilkan enjin LM2500, sebuah enjin turboshaft untuk tujuan marin dan industri.
CF6-50 dilancarkan pada tahun 1969 dan digunakan untuk menjana DC-10-30.
Pada akhir 1969, enjin ini dipilih untuk menjadi enjinAirbus A300. Air France menjadi pelanggan pertama yang telah menempah enam pesawat A300 semasa pelancarannya.
Pada tahun 1975, KLM adalah syarikat penerbangan pertama yang menempah Boeing 747 yang dijana oleh enjin CF6-50. Ini kemudiannya membawa kepada pembinaan enjin CF6-80.
CF6-80
CF6-80 adalah enjin pirau tinggi yang menjana daya berjulat 214 kN - 334 kN (48,000 - 75,000 lbf). Pembinaan enjin terdorong selepas kejayaan siri sebelumnya iaitu CF6-50. Walaupun ciri-cirinya hampir sama dengan CF6-50, tetapi komponen-komponen enjin ini tidak boleh digunakan untuk CF6-50. Enjin ini dibahagikan kepada 3 model yang berbeza iaitu:
CF6-80A
Tujahannya antara 214 - 222 kN (48,000 - 50,000 lbf) untuk pesawat enjin kembar: B767 pada tahun 1982 dan A310 pada tahun 1983. Ia mendapat digred sebagai enjin ETOPS
CF6-80C2
Enjin memasuki perkhidmatan pada Oktober 1985 dan menghasilkan tujahan antara 234 - 282 kN (52,500 ke 63,500 lbf). Operasi enjin ini adalah ekonomik dari segi pembakaran minyak.
Direka khusus untuk Airbus A330 dengan tujahan antara 300 ke 334 kN (67,500 hingga 75,000 lbf). Siri lain bagi enjin ini ialah LM6000 untuk kegunaan marin dan industri.