Gempa bumi Puebla 2017 (Sepanyol: Terremoto de Puebla de 2017) melanda kira-kira 55 km (34 bt) selatan Bandar Puebla, Mexico jam 13:14 CDT (18:14 UTC) pada 19 September 2017 dengan magnitud Mw 7.1 dan gegagran kuat kira-kira 20 saat. Gempa bumi ini telah mengakibatkan kerosakan di beberapa bahagian negara Mexico di Puebla, Morelos dan kota besar Mexico serta meruntuhkan lebih daripada 40 buah bangunan.[2][3] Dilaporkan 342 orang terbunuh (termasuk 203 di Bandar Mexico),[4] dan lebih 5,400 cedera.[5]
Gempa ini berlangsung semasa sambutan ke-32 gempa bumi Bandaraya Mexico 1985 yang telah membunuh kira-kira 10,000 orang.
Rujukan
Pautan luar