Gabriel Iván Heinze (lahir 19 April 1978 di Crespo, Wilayah Entre Ríos) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain untuk pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester United sebagai bek kiri, dipindahkan dari Paris Saint-Germain pada musim panas tahun 2004. Heinze merupakan keturunan imigran Volga German yang menetap di Argentina, walaupun khabar angin yang tidak berasas yang menyatakan bahawa beliau juga bercakap dalam bahasa Wales. [1] Persembahan jitu untuk Man Utd pada musim pertama beliau telah melayakkan beliau memenangi anugerah pemain peminat tahunan. Beliau juga kini telah mendapat tempat didalam pasukan kebangsaan dan di anggap sebagai salah seorang pemain kiri terbaik di dunia. [2]
Kerjaya bolasepak
Heinze memulakan kerjayanya di negaranya iaitu dengan kelab Newell's Old Boys di Rosario. Berikutan dengan perhatian daripada kelab-kelab Eropah, beliau kemudiannya menandatangani kontrak dengan kelab Real Valladolid. Selepas hanya satu musim dengan kelab Sepanyol berkenaan, beliau telah dipinjamkan kepada kelab Sporting di Portugal, walaupun beliau boleh kembali dan menghabiskan dua tahun lagi di Sepanyol.