Frigat kelas Kwanggaeto
Frigat kelas Kwanggaeto atau Pemusnah kelas-Gwanggaeto si Agung (Hangul: 광개토대왕급 구축함, Hanja: 廣開土大王級驅逐艦), sering kali dirujuk sebagai kelas KD-I, adalah sebuah kapal pemusnah, tetapi dikelaskan oleh beberapa pihak sebagai sebuah frigat,[1] Ia digunakan oleh Tentera Laut Republik Korea. Kapal ini merupakan fasa pertama dalam program KDX dalam usaha memartabatkan Tentera Laut Republik Korea dari peranan pertahanan pesisir kepada tentera laut biru. PembangunanKDX-I telah direka untuk mengantikan kapal-kapal pemusnah usang dalam perkhidmatan Tentera Laut Republik Korea yang dipindahkan daripada Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1950-an dan 1960-an. Ia dijangka akan menjadi titik tolak penting bagi ROKN dalam melancarkan KDX-I pertama bermakna ROKN akhirnya memiliki keupayaan untuk meluaskan kuasa jauh dari garis pantainya. Selepas pelancaran kapal ini, terdapat penglibatan besar Korea Selatan di peringkat antarabangsa dalam aktiviti menetang pelanunan dan operasi ketenteraan selain peperangan.[2] Lihat jugaRujukan
Pautan luarData ms/Frigat kelas Kwanggaeto Tidak ditemukan |