Frigat Type 23 ataupun dikenali juga sebagai Frigat kelas “Duke” adalah satu kelas kapal frigat yang dibina untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Britain. Kelas ini dikenali sebagai kelas “Duke” kerana dinamakan mengikut nama gelaran-gelaran “Duke” (satu kumpulan pewarisan orang bangsawan di Britain).
Kapal Type 23 pertama ditauliahkan dalam tahun 1989 dan kapal yang penghabisan dalam kelas ini di ditauliahkan dalam tahun 2002. Sebanyak 16 buah kapal kelas ini telah dibina, tiga buah darinya kini berkhidmat dengan Tentera Laut Chile manakala 13 buah lagi berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain.
Kapal kelas Fort Victoria juga menyokong penyelenggaraan dan baik pulih helikopter di frigat Type 23, dan kapal-kapal Type 23 hanya perlu menjalankan kerja pengisian semula senjata dan pengisian semula bahan api.
Pengembangan Reka Bentuk
Daripada pengajaran yang diperolehi semasa Perang Falkland, reka bentuk frigat Type 23 dibesarkan untuk membolehkan pemasangan sebuah meriam kaliber sederhana untuk memberikan bantuan tembakan unit tentera di pantai dan juga untuk serangan sasaran di permukaan laut. Misil Sea Wolf VLS memberikan pertahanan menentang kapal terbang dan juga peluru berpandu anti kapal seperti Exocet.
Pemasangan peluru berpandu jenis Harpoon pula memberikan sistem senjata serangan yang kredibel kepada frigat Type 23. Dengan itu, frigat Type 23 berubah menjadi sebuah frigat pelbagai guna yang berupaya menjalankan tugasan anti kapal selam, anti pesawat dan anti kapal.
Kapal type 23 juga direka supaya mempunyai keratan rentas radar yang rendah, pengautomatikan sistem persenjataan dan pengurusan untuk membolehkan bilangan anak kapal yang paling minimum, penggunaan sistem pendorong CODLAG yang menggabungkan enjin diesel elektrik dengan sistem turbin gas dan enjin elektrik membolehkan kapal kelas Type 23 menjalani operasi dengan senyap memburu kapal selam, ataupun dipandu laju menggunakan enjin turbin gas.
Sistem peluru berpandu Sea Wolf VLS sebenarnya direka khusus untuk kegunaan frigat Type 23 dan mula digunakan dalam kelas frigat kelas ini. Kejayaan sistem ini menyebabkan sistem Sea Wolf VLS dipilih untuk lain-lain kelas kapal termasuklah frigat kelas Lekiu yang dipesan dan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.
HMS Norfolk adalah kapal pertama dalam kelas ini juta. Kapal-kapal berikut berharga £60-96 juta. Kos pengurusan sebuah frigat Type 23 dianggarkan £16 juta. Pada 21 Julai2004, Setiausaha Pertahanan Britain Geoff Hoon mengumumkan bahawa HMS Norfolk, HMS Marlborough dan HMS Grafton akan dibersarakan sebagai satu langkah penjimatan dan pengurangan kos pertahanan. Tentera Laut Chile membeli ketiga-tiga buah kapal tersebut untuk penghantaran dalam tahun 2008. BAE Systems akan membaik pulih dan menaik taraf tiga buah kapal ini pada kos £134 juta. Kapal pertama untuk Tentera Laut Chile dinamakan Almirante Cochrane.
Spesifikasi
Sistem Persenjataan
2 x pelancar berkembar empat peluru berpandu Harpoon
HMS Westminster digunakan dalam penggambaran filem James Bond yang bertajuk Tomorrow Never Dies bagi menggambarkan adegan dalam tiga buah kapal yang berlainan iaitu, HMS Chester, HMS Devonshire dan HMS Bedford. Untuk penggambaran di persekitaran luar, model kapal Type 23 dibina dan digunakan.