Fang

Fang
Watak BoBoiBoy
Kemunculan pertama BoBoiBoy Extended Finale/Musim 1,Episod 13 (2012)
Kemunculan terakhir BoBoiBoy Galaxy (2018)
Disuarakan oleh Wong Wai Kay (Bahasa Melayu dan Inggeris)
Informasi
Nama panggilanBudak Misteri (Musim 1, Episod 13 dan Musim 2, Episod 1)
Ah Meng (BoBoiBoy Gempa)
Ali Kassim (BoBoiBoy)
Apang (Ying)
Prebet Pang (Nama sebenar)
Cendawan, Budak Bayang (Papa Zola)
GelaranFang, Pang
SpesiesAlien yang menyerupai manusia
JantinaLelaki
PekerjaanPelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis
Prebet muda dalam Kumpulan Kapten Kaizo
Lans Koperal dalam TAPOPS
SaudaraKapten Kaizo (Abang)
Ibu dan bapa Fang
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Fang merupakan seorang rakan seperjuangan dan bekas musuh kepada BoBoiBoy. Meskipun tetap bersaing dengan BoBoiBoy tetapi dia bersedia untuk membantunya apabila masalah mendatang. Dia memiliki kuasa untuk memanipulasi bayang, dan mampu untuk menghasilkan bayang yang berbentuk haiwan untuk digunakan di dalam pertarungan. Dia juga memiliki banyak pengalaman berbanding rakan-rakannya yang lain.

Sejarah

Sejarah awal

Diceritakan dalam komik khas BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya, Fang dilahirkan dan dibesarkan di sebuah planet dipanggil Planet GogoBugi di bawah jagaan ibu dan bapa dan abang lelakinya yang bernama Kaizo. Pada suatu ketika semasa dia masih kecil, planetnya telah diserang oleh pemimpin pasukan Tengkotak bernama Bora Ra yang ingin menangkap sebuah Power Sphera bernama EnerBot, maka Kaizo membawanya keluar dari planet tersebut. Tidak lama selepas mereka ditemui dan diserang oleh Bora Ra, mereka akhirnya diselamatkan oleh seorang laksamana bernama Maskmana.

Selepas Fang membesar, dia mula berlatih di bawah latihan abangnya dan kemudian menyertai pasukan abangnya sebagai seorang prebet. Fang juga telah belajar beberapa bahasa dan kehidupan yang terdapat di Planet Bumi sebelum memulakan misinya di sana.

Ketibaan di Bumi

Pada suatu masa dahulu, Fang telah dihantar oleh Kapten Kaizo ke Bumi untuk menjalankan misi untuk merampas Jam-jam Kuasa. Apabila tiba di ruang udara, Fang diturunkan dari sebuah kapal angkasa lalu mengaktifkan topeng kuasanya dan mengesan tenaga dari Jam-jam Kuasa yang sedang dipakai oleh BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal. Fang dinasihati oleh Kapten Kaizo untuk merahsiakan identiti sebenarnya dan menggunakan kekerasan jika perlu. Setelah itu, Kapten Kaizo bersedia untuk berlepas semula ke angkasa dengan meninggalkan pesanan kepada Fang bahawa dia akan datang semula ke Bumi apabila tiba masanya, lalu terus berlepas ke angkasa meninggalkan Fang.

Fang menuju ke arah lokasi tenaga Jam-jam Kuasa yang dikesannya tadi, tetapi terhenti apabila mendengar pengumuman dari Stesen Keretapi bahawa keretapi yang menuju ke Pulau Rintis akan berlepas sebentar lagi. Fang menyahaktifkan semula topeng kuasanya lalu menuju ke Stesen Keretapi untuk menaiki Yong Pin Aerotrain dan menuju ke Pulau Rintis.

Semasa di Stesen Keretapi Pulau Rintis, Fang keluar dari keretapi Yong Pin Aerotrain dan pada masa yang sama BoBoiBoy masuk ke dalam keretapi itu untuk pulang ke bandarnya.

Mendapat kuasa

Fang telah berpindah ke Sekolah Rendah Pulau Rintis sebagai murid baru dan dimasukkan dalam kelas 5 Jujur. Sepanjang Fang tinggal di Pulau Rintis, dia berasa cemburu dan iri hati dengan BoBoiBoy. Rasa cemburu itu bukan sahaja kerana kehebatan kuasa BoBoiBoy, malah juga kerana kepopularitiannya. Pada suatu hari, Fang berdiri sendirian di Taman Pulau Rintis sambil bersungut akan kepopularitian BoBoiBoy. Adu Du dan Probe yang menyamar mendekati Fang dan menawarkan cara kepadanya untuk menjadi lebih popular daripada BoBoiBoy, iaitu mendapatkan Ochobot lalu memberikan gambarnya sebagai panduan. Adu Du turut memberikan kertas arahan kepada Fang untuk dipatuhinya bagi mendapatkan Ochobot, iaitu memesan air Special Hot Chocolate dan satu tin serbuk koko di warung Tok Aba. Fang meminta Ochobot untuk menuntut harta pusaka yang dikatakan ditinggalkan oleh seorang kenalan BoBoiBoy yang berasal dari kerabat diraja dengan segera. Kemudian, Fang menawarkan pertolongannya untuk menemani Ochobot untuk pergi ke Markas Kotak.

Mereka berdua tiba dan pada masa yang sama, Adu Du dan Probe muncul dan memerangkap Ochobot dalam jaring dan Fang tidak menduga bahawa mereka berdua berniat jahat. Ochobot dibawa masuk ke dalam Markas Kotak dan diikat oleh Adu Du dan Probe sambil diawasi oleh Fang. Adu Du menyuruh Fang menyerahkan serbuk koko kepadanya dan Fang patuh walaupun berat hati. Adu Du mencurahkan serbuk koko ke dalam Ochobot dan menyebabkannya naik gelabah, melepaskan diri dari ikatan dan melarikan diri dari markas sambil diekori oleh Fang. Ochobot cemas mencari tempat untuk menyorok, dan akhirnya berlindung di dalam tong sampah. Fang menemuinya dan menangkap Ochobot untuk melindunginya.

Fang membawa Ochobot pergi jauh daripada Adu Du dan Probe, tetapi tiba-tiba dikepung oleh mereka. Ochobot dalam pegangan Fang masih gelabah kerana terlebih kuasa koko dan akhirnya melepaskan kuasa lebihan itu ke angkasa. Disebabkan oleh Fang memegangnya, dia menerima Kuasa Bayang daripada Ochobot. Adu Du dan Probe terkejut dan menembak Fang bertubi-tubi, tetapi dibalas oleh Fang dengan kuasanya. Naga Bayang gergasi terbentuk di hadapan bulan purnama dan memusnahkan harta benda di seluruh Taman Pulau Rintis. Ochobot menyuruh Fang untuk mengawalnya, tetapi Fang tidak berdaya. Oleh itu, Ochobot terpaksa merenjatkan Fang dan akhirnya Naga Bayang terpadam semasa nyaris memusnahkan pangsapuri. Semenjak daripada peristiwa itu, Fang berlatih untuk menggunakan Kuasa Bayangnya di sebuah Rumah Berhantu, dengan mengganggu penduduk setempat yang melalui di kawasan rumah itu.

Identiti didedahkan

Fang membantu mengedarkan risalah-risalah kepada pengunjung-pengunjung semasa Hari Karnival Bumi sedang berlangsung di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Kemudian, Fang mengikut Gopal, Yaya dan Ying ke kelas untuk melihat BoBoiBoy yang bersedih di dalam kelas tetapi dia tiba-tiba berlari keluar daripada kelas dengan tergesa-gesa selepas menerima mesej segera pada Jam Kuasanya. Pada waktu malam, Fang berada di dalam Rumah Berhantu, sedang menghubungi seseorang dan berkata bahawa dia telah menerima mesej dan bersiap sedia.

Keesokan harinya, Kapten Kaizo datang semula ke Planet Bumi untuk memeriksa perkembangan misi Fang, lalu Fang bertemu semula dengan kaptennya. Kapten Kaizo turut bertemu dengan "kawan-kawan" Fang, iaitu BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal. Kapten Kaizo kemudiannya mendedahkan identiti sebenar Fang kepada mereka, dan memberikan arahan kepada Fang untuk mengalahkan BoBoiBoy. Fang yang berat hati untuk melakukannya, terpaksa mengikut arahan dengan menggunakan kuasa asalnya, iaitu Kuasa Penembus. Mereka berlawan sehingga Fang berjaya mendapatkan Jam-jam Kuasa dan memberikannya kepada Kapten Kaizo. Akhirnya, Fang mengikut kaptennya ke kapal angkasa lalu berlepas ke angkasa.

Ketika di dalam sebuah bilik di dalam kapal angkasa, Fang mengucapkan tahniah kepada kaptennya di atas empat kuasa baru dan misi pasukan mereka telahpun selesai di situ. Namun, Kapten Kaizo juga meminta Fang untuk menyerahkan Jam Kuasanya bersama dengan berkata bahawa Fang tidak layak menggunakan dua kuasa sekaligus, dan Fang menyerahkannya walaupun berat hati. Jam Kuasanya diletakkan bersama empat Jam Kuasa lain di tempat yang berkunci.

Pertarungan terakhir

BoBoiBoy dan kawan-kawannya telah meminta tolong daripada Adu Du dan Probe untuk membebaskan Fang dan mengambil semula kuasa-kuasa mereka. Apabila Fang merasakan bahawa Kapten Kaizo tidak menyedari tindakannya, dia mengambil kesempatan untuk menggunakan Kuasa Penembus dan perlahan-lahan melangkah keluar dari kokpit kapal angkasa lalu menuju ke bilik. Dia mengambil kesemua Jam Kuasa dan beredar ke ruang saluran udara dengan harapan ingin mengembalikannya semula kepada pemilik asalnya. Walau bagaimanapun, niat dan tindakan Fang disedari oleh Kapten Kaizo yang menganggapnya sebagai pembelot dalam pasukan. Jadi, Kapten Kaizo mencabar BoBoiBoy dan kawan-kawannya, termasuk Fang, untuk bertarung sekali lagi di Medan Latihan Tempur.

Mereka menerima cabaran untuk bertarung dan Fang berganding bahu bersama BoBoiBoy untuk bertarung dengan abang kandungnya sendiri. Walaupun pertarungan tersebut agak sukar, tetapi mereka akhirnya berjaya 'mengalahkan' Kapten Kaizo. Setelah itu, Kapten Kaizo mendedahkan bahawa misinya untuk mencari pemilik-pemilik Jam-jam Kuasa yang layak, dan mengakui bahawa Fang serta kawan-kawannya adalah pemilik yang layak. Sebelum pergi, Kapten Kaizo memberikan dua pilihan kepada Fang sama ada ingin mengikutnya pulang atau tinggal di Bumi bersama kawan-kawannya, lalu Fang memilih untuk tinggal di Bumi bersama kawan-kawannya.

Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Fang bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.

Setelah peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Fang keluar dari geng kawan-kawannya dan kembali ke angkasa lepas untuk menyambung latihan di bawah abang kandungnya, Kapten Kaizo. Kemudian bersama-sama dengan abangnya, dia menyertai kumpulan TAPOPS sebelum datang ke Bumi semula.

Fang sedang berada dalam latihan solo memandu kapal angkasa sebelum tiba sebagai bantuan kepada kawan-kawannya setelah diserang oleh Nyamuk Amok. Kemudian dalam kumpulan TAPOPS, Fang telah menjadi komander dalam pasukannya sendiri, yang dianggotai oleh Sai dan Shielda.

Kuasa

Templat:StatFang mendapat kuasanya dari Ochobot apabila dia mula-mula membawa robot itu berjumpa dengan Adu Du dan Probe tanpa menyedari niat buruk dua penjahat itu, maka membuat Ochobot buruk sangka terhadapnya. Apapun, sewaktu mereka bolos dari markas penjahat, Fang sempat menawarkan diri untuk melindungi Ochobot dari ancaman Adu Du; akan tetapi, tiba-tiba mereka dikepung semula oleh Adu Du dan Probe. Maka dengan rasa cemasnya Ochobot melepaskan Kuasa Bayang kepada Fang. Akan tetapi, Fang sukar mengawal kuasanya, maka terpaksa Ochobot membahayakan diri dengan mengawal semula Kuasa Bayang. Perkara inilah yang membuatkan Ochobot sering mengalami renjatan dalaman hingga pengsan setiap kali melihat wajah Fang mahupun gambarnya, dan mereka berdua tidak mengingati peristiwa itu sehinggalah peristiwa Musim 2, Episod 8, apabila mereka mengingati semula secebis demi secebis peristiwa itu.

Semua bentuk haiwan bayang yang dihasilkan oleh Fang muncul dengan sepasang mata merah yang menyala ala-ala api yang membara. Fang tidak dapat menggunakan kuasanya ini apabila matahari sedang terbit atau terbenam, seperti yang dikatakan dalam Musim 2, Episod 2. Hal ini kerana sumber cahaya adalah terhad untuk dia untuk menghasilkan bayang-bayang. Walaupun begitu, sewaktu mula-mula Fang mendapat kuasa, dia mampu untuk menghasilkan Naga Bayang pada waktu malam. Selain itu, dalam Musim 3, Episod 16, Fang juga menggunakan kuasanya pada waktu malam iaitu apabila dia menghasilkan Tusukan Jari Bayang, Lindungan Bayang, Harimau Bayang dan Helang Bayang. Tetapi ada kemungkinan bahawa Fang boleh menghasilkan bayang-bayang itu kerana adanya sumber cahaya dari senjata-senjata api yang dihasilkan oleh BoBoiBoy Api.

Dalam Musim 3, Episod 24, Fang telah menghasilkan dua jurusan baru iaitu Koala Bayang dan Polar Bear Bayang. Ini menjadikan Fang mempunyai sebanyak enam belas bentuk bayang. Selepas Fang didedahkan adalah alien, dia turut didedahkan mempunyai kuasa untuk menembusi objek pepejal yang berasal dari cermin matanya (Kuasa Penembus). Walaupun begitu, kuasanya mempunyai batasan; Fang hanya boleh menggunakan satu kuasa sahaja pada satu masa, sama ada Kuasa Bayang atau Kuasa Penembus.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Fang telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia bercantum dengan mana-mana haiwan bayangnya dan menyerang musuhnya dengan menggunakan kebolehan daripada haiwan bayang yang bercantum dengannya itu. Kemudian dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 23, Fang telah menggunakan kuasa tahap kedua semula.

<tabber> Kuasa Memanipulasi Bayang=

Tahap 1
BoBoiBoy
  • Kucing Bayang: Lembaga yang berbentuk kucing mengandung, yang berbentuk kucing serta bermata merah, yang digunakan untuk mengganggu penduduk Pulau Rintis yang melalui di kawasan Rumah Berhantu. Ia muncul dalam imbas kembali oleh Gopal & akan bersambung oleh BoBoiBoy.
  • Serangan Bayang: Fang menjelmakan tali-tali bayang untuk menyerang musuhnya daripada jarak yang jauh.
  • Harimau Bayang: Lembaga yang berbentuk harimau serta bermata merah.
    • Cakaran Bayang: Fang menyeru Harimau Bayang untuk mencakar musuh.
    • Bahaman Harimau Bayang: Setelah menjelmakan Harimau Bayang, Fang menyerunya untuk membaham musuh.
    • Cakaran Harimau Bayang: Setelah menjelmakan Harimau Bayang, Fang menyerunya untuk mencakar musuh.
  • Bentuk Bayang: Serangan bayang yang mempunyai pelbagai bentuk bayang.
  • Serangan Jari Bayang: Fang menggunakannya untuk memerangkap musuh dengan pantas.
  • Helang Bayang: Lembaga yang berbentuk burung helang yang dijelmakan untuk menyerang musuh dari udara dan Fang juga menggunakannya sebagai pengangkutan udara.
  • Tikus Bayang: Lembaga yang berbentuk tikus yang boleh menarik perhatian musuh dengan pantas.
  • Jari Bayang: Fang menghasilkan gugusan tali bayang pada kakinya dan menggunakannya bagi menyerang musuh atau objek bagi mendapatkan sesuatu yang berfungsi sebagai tangan.
  • Naga Bayang: Kuasa terkuat Fang yang memerlukan dia fokus sepenuhnya untuk mengumpulkan kuasa magnetik bayang.
    • Sambaran Naga Bayang: Fang menggunakannya untuk menyedut musuh dan juga menghancurkannya.
  • Lorong Bayang: Fang menggunakannya untuk melindungi rakan-rakan sekelasnya daripada ditumpas oleh keping siling jatuh.
  • Kokun Bayang: Fang menggunakannya sebagai perlindungan dirinya ataupun untuk melindungi orang lain.
  • Tusukan Jari Bayang: Serangan jarak jauh yang mengeluarkan bayang berbentuk tangan yang bertumpu seperti gerudi.
  • Lindungan Bayang: Fang menghasilkan bayang kokun sebagai teknik perlindungan bagi dirinya.
  • Lompatan Bayang: Teknik lompatan yang menggunakan kuasa bayang untuk mengelak dari serangan musuh. Digunakan untuk mengelak dari serangan Raksasa Perisai namun tidak sempat.
  • Tusukan Bayang: Fang menghasilkan tali bayang yang digunakannya untuk menyerang atau menusuk musuhnya.
  • Pengikat Bayang: Teknik menghasilkan tali bayang untuk mengikat musuhnya daripada lari ataupun melindungi rakannya dari diserang musuh.
  • Tolakan Bayang: Fang menjelmakan tangan bayang yang digunakan untuk menampar atau menolak musuhnya menjauhi dirinya.
  • Jari Jemari Bayang: Fang menghasilkan gugusan tali bayang pada kakinya dan menggunakannya bagi menyerang musuh atau objek bagi mendapatkan sesuatu yang berfungsi sebagai tangan.
  • Tusukan Jari Jemari Bayang: Serangan gabungan antara Tusukan Bayang dan Jari Jemari Bayang.
  • Koala Bayang: Lembaga yang berbentuk koala yang digunakan Fang untuk memeluk musuhnya bagi mengalih perhatiannya.
  • Polar Bear Bayang: Lembaga yang berbentuk beruang gergasi yang digunakan oleh Fang bagi menyerang musuhnya secara fizikal.
    • Cakaran Polar Bear Bayang: Fang menggunakan beruang bayang sebagai medium yang membolehkannya untuk menyerang musuhnya dengan serangan cakaran mengikut pergerakan badannya.
  • Larian Bayang: Fang mengumpulkan kuasa bayang pada kedua-dua kakinya yang menambahkan kelajuannya dalam pergerakan larian.
  • Pelindung Bayang: Teknik pertahanan bagi Fang untuk melindungi dirinya daripada serangan musuh yang kuat.
  • Tangan Bayang: Jurusan yang digunakan oleh Fang untuk menahan sesuatu dinding.
BoBoiBoy Galaxy
  • Jerangkap Jari Bayang: Menghasilkan tangan dengan lima jari yang digunakan untuk menangkap musuhnya lalu melemparkan mereka ke tempat lain secara pantas.
  • Helang Bayang: Lembaga burung helang yang lebih besar.
    • Patukan Helang Bayang: Fang menyeru Helang Bayang untuk mematuk musuhnya dengan laju.
  • Insektivora Pokok Bayang: Fang mengumpulkan kuasa bayangnya dan membentuk venus lalu menggunakannya untuk menangkap Nyamuk Amok.
  • Jari Bayang: Bayang yang berbentuk tangan yang lebih panjang untuk menyerang musuh atau mendapatkan sesuatu objek. Ia juga boleh digunakan untuk menggeletek musuh yang dikawal oleh Fang, ataupun mengikat tangan musuh dari menyerang rakannya.
    • Seribu Jari Bayang: Tiada maklumat tersedia.
  • Tusukan Bayang: Serangan jarak jauh dengan melepaskan jurusan bayang secara langsung ke arah musuh.
  • Payung Bayang: Fang membentuk payung gergasi untuk melindungi dia dan BoBoiBoy Api dari meteor gergasi.
  • Ikatan Bayang: Fang menyambungkan keretanya dengan motor BoBoiBoy untuk membolehkan mereka memecut ke hadapan dalam Perlumbaan Angkasa Nova Prix.
  • Tangan Bayang: Tiada maklumat tersedia.
  • Harimau Bayang: Tiada maklumat tersedia.
  • Kuasa Bayang: Tiada maklumat tersedia.
  • Misai-Janggut Bayang: Tiada maklumat tersedia.
  • Koala Bayang: Fang menggunakannya terhadap Haliaman untuk menyelamatkan Xena dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
Tahap 2
BoBoiBoy The Movie
  • Separa Garuda Bayang: Dengan menjelmakan seekor burung garuda, Fang bercantum dengan burung garuda tersebut dan berupaya untuk terbang dan mengejar musuhnya yang berada di udara atau langit.
  • Separa Beruang Bayang: Dengan menjelmakan seekor beruang, Fang bercantum dengan beruang tersebut dan memberikan kuasa fizikal yang banyak kepada Fang untuk mengejar dan menyerang musuhnya.
    • Cakaran Beruang Bayang: Fang menggunakan Separa Beruang Bayang untuk mencakar musuhnya dari jarak dekat. Serangan ini menyerupai seperti Cakaran Harimau Bayang.
BoBoiBoy Galaxy
  • Separa Harimau Bayang: Tiada maklumat tersedia.
    • Terkaman Harimau Bayang: Tiada maklumat tersedia.
    • Cakaran Bayang: Tiada maklumat tersedia.
    • Benaman Taring Bayang: Tiada maklumat tersedia.
    • Terkaman Bayang: Tiada maklumat tersedia.
  • Separa Beruang Bayang: Tiada maklumat tersedia.
    • Pukulan Beruang Bayang: Tiada maklumat tersedia.
Kuasa Kombo
  • Golem Bayang: Fang menjadikan Golem Tanah kepada Golem Bayang yang saiznya lebih besar.
    • Serangan Golem Bayang: Fang boleh menggunakan Golem Bayang untuk menyerang musuhnya secara berpindah-randah bagi mengelirukan musuhnya daripada dapat meramal serangan seterusnya.
  • Kuasa Kombo BoBoiBoy dan Fang: Fang melakukan serangan kombo bersama BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air menggunakan golem masing-masing.
Lain-lain
  • Sut Lanun: Fang memakai pakaian pencuci kapal angkasa lanun untuk menyertai operasi penyamaran abangnya di Koloni Lanun Angkasa.

|-| Kuasa Penembus= Fang telah didedahkan mempunyai kuasa asal iaitu Kuasa Penembus yang berteknologi alien yang membolehkannya untuk menembusi objek pepejal. Kuasa ini berbentuk topeng kuasa yang berteknologi tinggi yang berasal dari cermin matanya. Fang perlu menyentuh huruf 'F' pada bingkai cermin matanya untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan topeng kuasanya. Kuasa ini telah diambil semula oleh Kapten Kaizo selepas dia tidak lagi bersama kaptennya dan apa yang telah terjadi pada kuasa itu adalah tidak diketahui.

  • Kuasa Penembus: Selepas mengaktifkan topengnya, tubuh badan Fang berubah menjadi Unjuran Astral yang membolehkannya menembusi objek pepejal.
    • Kiub Penembus: Fang mengaktifkan topengnya lalu membentuk sebuah kiub di sekelilingnya yang membolehkan sesuatu serangan lain menembusi kiub ini. Fang menggunakannya sebagai pelindung untuk mempertahankan kawan-kawannya daripada serangan Lahap.

</tabber>

Rupa

Fail:Fang.png
Fang dalam BoBoiBoy: The Movie.

Fang berambut pacak yang berwarna hitam keunguan, memakai sarung tangan separa berwarna ungu serta bercermin mata berwarna biru berbingkai ungu dan terdapat huruf 'F' di bahagian kiri dan kanan bingkainya. Dia juga berjaket dan berkasut but.

Dalam musim kedua, Fang mula memakai baju lain di sebalik jaketnya yang berwarna ungu. Ketika di sekolah, seperti biasa Fang akan berbaju sekolah berlengan pendek dan mengikat jaketnya pada pinggangnya. Baju sukannya pula berwarna putih bercorak ungu dan berlengan pendek serta berseluar yang sederhana.

Dalam musim ketiga pula, Fang memakai baju berwarna kelabu tanpa lengan tetapi berzip dan jaketnya diikat pada pinggangnya serta memakai kasut but yang sama, tetapi coraknya berlainan. Dia mempunyai sebuah topeng kuasa yang berwarna putih apabila mengaktifkannya dengan cara menyentuh bingkai cermin matanya.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Dia sudah tumbuh tiga tahun lebih tua. Fang telah berkembang jauh lebih tinggi dari sebelumnya, serta kelihatan jauh lebih baik. Dia memakai jaket berwarna merah jambu yang panjang di atas leher kura-kura tanpa ungu yang gelap. Dia mempunyai dua tali pinggang kelabu, satu di sekeliling pinggangnya dan satu lagi gelangsar di seluruh badannya. Seluarnya berwarna abu-abu gelap dan dia memakai kasut abu-abu berwarna ungu dengan sol kelabu gelap dan jam tangan berhampiran bahagian atas. Beliau mempunyai sepasang sarung tangan tanpa lengan bersama dengan lengan putih dan marun di lengan kanannya dan Jam Kuasanya di atas lengan yang hangat warna yang sama seperti sarung tangan di sebelah kirinya. Cermin matanya sekarang mempunyai bingkai merah, lensa biru muda dan dilekatkan pada kepalan telinga yang sama dengan topeng kakaknya.

Perwatakan

Fang adalah seorang lelaki yang agak sombong, berhati sejuk, degil, mementingkan diri, tidak suka bersosial dan juga lebih suka menyendiri. Dia adalah seorang manusia yang suka menjaga kebersihan. Semenjak dia berpindah ke Sekolah Rendah Pulau Rintis, dia menjadi kesukaan ramai, terutamanya murid perempuan kerana kekacakannya, tetapi setiap kali nama BoBoiBoy disebut dan dipuji, murid-murid mudah tertarik kepada kisah BoBoiBoy sehingga membuat Fang berasa cemburu dan iri hati.

Semenjak BoBoiBoy pulang dan menetap di Pulau Rintis, Fang menjadi lawan dan saingan ketat kepada BoBoiBoy untuk merebut populariti. Dalam Musim 2, Episod 9, Ochobot telah termimpikan semula masa silam Fang dan sejak daripada peristiwa itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya menyedari bahawa Fang adalah orang yang baik sebenarnya. Jadi, semenjak daripada hari itu mereka mula berkawan dan Fang juga telah menjadi sebahagian daripada Geng BoBoiBoy.

Namun apabila tibanya Kaizo di Bumi, sifatnya. Kemungkinan dia takut akan kehebatan kuasa kaptennya sehingga dia sanggup mengkhianati dan menyerang kawannya sendiri demi kesetiaannya kepada Kaizo, iaitu abang kandungnya sendiri. Walau bagaimanapun, Fang kembali normal setelah dia dan BoBoiBoy memenangi satu pertarungan terakhir dalam siri BoBoiBoy.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Fang sudah matang sebagai pemimpin, kerana dia telah ditugaskan sebagai kapten pasukan terorganisir serta pemimpin pasukannya sendiri. Fang juga telah berkembang agak bergaya, kerana dia memakai topi keledar cendawan yang agak bergaya kerana ia adalah trend fesyen baru. Apabila siri ini berlangsung, Fang telah membangunkan keperibadian yang lebih kecil dan pasif. Dia tidak sanggup melawan rakan-rakannya dalam siri asal. Kemungkinan dia melepaskan diri selepas menjalani latihan di bawah kakaknya yang sejuk dan acuh tak acuh. Pada mulanya ternyata bahawa dia tidak lagi membenci sebarang kebencian terhadap BoBoiBoy, dia masih cemburu dengan kepopularitiannya kadang-kadang.

Trivia

  • Sebelum namanya didedahkan, Fang dikreditkan sebagai "Budak Misteri".
  • Fang merupakan watak terakhir yang muncul dalam siri BoBoiBoy. Kemunculan Fang adalah untuk memenuhkan peranan sebagai pesaing yang sengit kepada BoBoiBoy.
  • Sewaktu kemunculan sulungnya dalam Extended Finale, Fang memiliki rambut yang berwarna hitam sepenuhnya. Tetapi dalam musim ke-2 dan seterusnya, Fang muncul dengan rambut berwarna biru gelap.
  • Pada awalnya, Fang dinamakan sebagai "Ninjaboy" dan berkonsepkan ninja yang memakai topeng penguin.
  • Seperti yang ditunjukkan dalam Musim 2, Episod 4, Fang mempunyai kemahiran bermain bola keranjang. Dalam Musim 3, Episod 14, ia didedahkan bahawa Fang selalu berlatih bermain bola keranjang di padang sekolahnya.
  • Dia adalah watak pertama yang boleh berteriak seperti seorang gadis seperti yang dilihat dalam Musim 2, Episod 8. Yang kedua adalah Papa Zola dalam Musim 2, Episod 12, yang ketiga adalah Iwan manakala yang keempat ialah Adu Du dalam Musim 3, Episod 5, Nurasyikin Abdul Khalit memberikan suara jeritannya.
  • Fang berkebolehan untuk bercakap dalam bahasa Mandarin dan Kantonis.
    • Fang pernah menyanyikan lagu Mandarin untuk menidurkan BoBoiBoy dalam Musim 3, Episod 16.
    • Fang turut bercakap dalam bahasa Kantonis dalam BoBoiBoy: The Movie apabila dia meminta maaf kepada Harimau Bayang dengan berkata "hai sye" yang bermaksud "maafkan saya" kerana menyerunya secara tidak sengaja.
      • Menurut surat peminat, sebelum Fang datang ke Bumi, dia belajar bahasa seperti Melayu dan Mandarin melalui video dari Bumi sebagai persediaan untuk misinya.
  • Ia telah dibayangkan sepanjang siri itu sejak dia datang ke Pulau Rintis, dia tinggal bersendirian di Rumah Berhantu. Walaupun ia kemudiannya didedahkan dalam sebuah majalah bahawa Rumah Berhantu bukan tempat tinggal Fang, sebaliknya hanyalah tempat Fang berlatih untuk menggunakan kuasanya.
  • Makanan kegemaran Fang ialah Donat Lobak Merah. Dia amat sukakan donat itu kerana ia penuh dengan khasiat walaupun manis. Setiap kali dia makan, dia akan kehilangan sifat sombongnya dan makan dengan amat berselera dan kalau dia tidak makan donat itu walaupun sehari, Fang akan hilang mood dan cepat marah.
    • Kebetulan, makanan kegemaran abang kandungnya, Kaizo juga berhubung dengan lobak merah iaitu sup lobak merah.
  • Kadangkala, cabaran Fang terhadap BoBoiBoy menyebabkan mereka bergaduh dan sering membandingkan kehebatan kuasa dan kebolehan masing-masing. Walau bagaimanapun, Fang dan BoBoiBoy tetap berkawan antara satu sama lain.
  • Nama sebenar Fang telah diberitahu oleh Kapten Kaizo dalam Musim 3, Episod 24, iaitu Prebet Pang. Namun, kawan-kawannya yang lain masih lagi memanggilnya dengan panggilan "Fang" kerana tidak menganggap dia sebagai musuh. Tetapi, berdasarkan sesi soal jawab dalam Majalah Komik BoBoiBoy, Kapten Kaizo memanggil Fang dengan panggilan "Pang" kerana Fang tidak boleh menyebut namanya sendiri ketika dia masih kecil.
  • Fang boleh memainkan alat muzik seperti gitar dan dram.
  • Suara Fang telah menjadi lebih mendalam sejak Musim 2, Episod 7 kerana pelakon suara Wong Wai Kay berkeliaran di antara Musim 2, Episod 6 dan Musim 2, Episod 7.
  • Kuasa bayangnya berkongsi persamaan dengan Shikamaru Nara dari anime Naruto.
  • Ini mungkin dijelaskan mengapa Fang mula mengintip ke BoBoiBoy dalam Musim 2, Episod 1: dia mengumpul maklumat untuk misinya.
  • Menurut surat peminat, genre kegemaran Fang adalah fiksyen sains.
  • Ini didedahkan dalam surat peminat bahawa Fang adalah penyanyi yang baik.
  • Surat peminat mendedahkan bahawa ibu bapa Fang dan Kaizo masih hidup dan tinggal di planet rumah mereka.
    • Mereka juga disebut oleh Fang dalam Musim 3, Episod 23 apabila dia cuba untuk menceriakan BoBoiBoy yang sedih kerana ibu bapanya tidak dapat datang ke Karnival Hari Bumi.
  • Kuasa Penembus telah diberikan kembali kepada Kaizo selepas dia menyelesaikan misi Bumi sebagai kakaknya memerlukannya untuk misi lain.
  • Surat peminat mendedahkan bahawa kedua-dua Fang dan Kaizo tidak tahu memasak atau membakar makanan.
  • Kedua-dua Fang dan Ying memakai cermin mata bukan kerana rabun jauh atau dekat, tetapi supaya kelihatan menarik dari segi penampilan.
    • Namun begitu, terdapat juga pernyataan yang mengatakan bahawa Fang memang rabun sejak daripada lahir lagi.
  • Ia telah didedahkan dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Cabaran Baharu bahawa dia memperoleh 85 mata dalam ujian menulis dalam ujian EASY-A.
    • Dengan mengandaikan bahawa Fang mencapai 100 mata semasa ujian tumpuan, dia mendapat minima 55 mata dalam ujian survival.
  • Dia sekarang berbilik dengan Sai di stesen TAPOPS.[1]
  • Dia dan Gopal hampir tidak pernah bersama.[2]
    • Walaupun pada akhir BoBoiBoy Galaxy Episod 24, kedua-duanya seolah-olah mengusik BoBoiBoy bersama-sama apabila dia bangun selepas pertarungan terakhir, dan mereka (bersama-sama BoBoiBoy) juga akan mengusik Tarung juga.
  • Fail:7 Fakta Mengenai Fang.jpg
    Beberapa fakta dari fail rahsia Kaizo[3] yang dikeluarkan untuk hari jadi Fang (13 April) mendedahkan yang berikut:
    • Haiwan kegemarannya ialah penguin (semasa kecil, dia pernah ada baju tidur penguin).
    • Fang mempunyai banyak koleksi cermin mata cool tetapi tidak pernah dipakai.
    • Helmet cendawan Fang boleh didapati di pasar lambak.
    • Cerita kegemarannya ialah 'Singing Pebble Penguin'.
    • Sewaktu kecil, Fang pernah memasuki ke dalam pertandingan menyanyi (tetapi dia kalah).
    • Dia kalah dalam pertandingan menyanyi disebabkan oleh dia menyanyi lagu tema Pebble Penguin.
    • Dia sering bermain dalam talian, anda boleh menambahnya di: xxShad0w_us3r3134
  • Fang mendapatkan peringkat ke-3 dalam BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.
  • Berdasarkan komik kisah silam Fang dan Kaizo dalam episod ekstra BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya, ia telah didedahkan bahawa:
    • Bapa mereka merupakan gabenor di Planet GogoBugi dan keluarga mereka telah melindungi Power Sphera selama bertahun-tahun.
    • Fang telahpun bertemu dengan Bora Ra bersama dengan abangnya ketika dia masih kecil, dan Fang nampaknya tidak ingat tentang peristiwa tersebut setelah dia meningkat remaja.
  • Bersama dengan BoBoiBoy, dia juga gemar bermain gitar dan bass.

Rujukan