Fahrenheit 9/11 adalah sebuah filem dokumentari Amerika Syarikat 2004 arahan dan karyaan Michael Moore . Filem ini mengambil pandangan kritis terhadap perang Amerika Syarikat terhadap Iraq tahun sebelumnya serta kaitannya dengan pentadbiran presiden George W. Bush dan peranan media korporat negara tersebut yang seakan pemberi sorakan berbanding mahu memberikan analisis yang tepat atau objektif tentang rasional perang dan korban yang mengakibatkannya.
Filem ini mula ditayangkan di acara Festival Filem Cannes 2004 di mana ia mendapat antara penerimaan terhebat di sana dengan tepukan gemuruh paling panjang selama 20 minit; filem ini turut dianugerahi Palme d'Or.[2] Ia merupakan dokumentari paling laris dijual sepanjang zaman.
Rujukan
Pautan luar