Era Elizabeth ialah epok pemerintahan Ratu Elizabeth I (1558–1603) dalam sejarah England. Para sejarawan sering menyebutnya sebagai zaman kegemilangansejarah Inggeris. Lambang Britannia mula-mula digunakan pada tahun 1572 dan sering kali selepas itu bagi menandakan era Elizabeth sebagai pembaharuan yang mengilhamkan kebanggaan kebangsaan melalui cita-cita tinggi klasik, pengembangan antarabangsa, dan kemenangan tentera laut terhadap musuh ketat England, Sepanyol. Dari segi keseluruhan abad, John Guy, seorang sejarawan (1988), mengatakan bahawa "England lebih sihat ekonominya, lebih berkembang, dan lebih optimis di bawah wangsa Tudor" daripada mana-mana zaman dalam seribu tahun.[1]
"Zaman kegemilangan" ini[2] melambangkan kemuncak Zaman Pembaharuan Inggeris dan melihat pengembangan puisi, muzik dan kesusteraan. Era ini paling terkenal dengan teater, semasa William Shakespeare ramai lagi penulis lakon menulis lakonan yang membebaskan mereka daripada gaya lama teater England. Era ini menjadi zaman penjelajahan dan pengembangan di luar negara, sementar di dalam negeri, Reformasi Protestan lebih diterima orang ramai lebih lagi selepas Armada Sepanyol ditangkis. Ia juga menandakan akhirnya zaman England sebagai wilayah pemerintan raja berasingan sebelum penyatuan rajanya dengan raja Scotland.
Nota
^John Guy (1988) Tudor England, Oxford University Press, p. 32 ISBN 0192852132
^From the 1944 Clark lectures by C. S. Lewis; Lewis, English Literature in the Sixteenth Century (Oxford, 1954) p. 1, OCLC 256072
Bibliografi
Arnold, Janet: Queen Elizabeth's Wardrobe Unlock'd (W S Maney and Son Ltd, Leeds, 1988) ISBN 0-901286-20-6
Ashelford, Jane. The Visual History of Costume: The Sixteenth Century. 1983 edition (ISBN 0-89676-076-6)
Bergeron, David, English Civic Pageantry, 1558–1642 (2003)
Black, J. B. The Reign of Elizabeth: 1558–1603 (2nd ed. 1958) survey by leading scholar online edition
Digby, George Wingfield. Elizabethan Embroidery. New York: Thomas Yoseloff, 1964.
Hartley, Dorothy, and Elliot Margaret M. Life and Work of the People of England. A pictorial record from contemporary sources. The Sixteenth Century. (1926).