Emma Rose Roberts (lahir Februari 10, 1991) ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Selepas peranan kecil dalam filem termasuk Blow (2001), beliau mula dikenali dengan peranan sebagai Addie Singer dalam siri televisyen NickelodeonUnfabulous (2004–07) dimana beliau mendapat pencalonan untuk Teen Choice Award dan enam Young Artist Award. Beliau mengeluarkan album pertamanya, yang juga bertindak sebagai runut suara rancangan itu, Unfabulous and More pada tahun 2005.
Selepas Unfabulous berakhir, Roberts membintangi filem-filem termasuk Aquamarine (2006), sebagai tajuk karakter dalam Nancy Drew (2007) dan Wild Child (2008). Mencari peranan yang lebih matang, beliau muncul dalam drama Lymelife (2009). Beliau merupakan sebahagian daripada barisan pelakon bersama ibu saudaranya Julia Roberts dalam Valentine's Day (2010) dan mempunyai peranan utama dalam 4.3.2.1 (2010), Scream 4 (2011), We're the Millers (2013), Adult World (2013) dan Palo Alto (2013). Juga pada tahun 2013, beliau kembali ke televisyen, melakonkan watak Madison Montgomery dalam American Horror Story' musim ketiga, Coven dan dalam musim keempat Freak Show sebagai Maggie Esmerelda. Roberts melakonkan watak Chanel Oberlin dalam komedi seram FoxScream Queens pada bulan September 2015.
Kehidupan awal
Roberts dilahirkan di Rhinebeck, New York[2] kepada Kelly Cunningham dan pelakon, Eric Roberts.[3] Ibu-bapa beliau tidak pernah berkahwin dan berpisah ketika beliau masih bayi. Melalui perkahwinan bapanya, beliau adalah anak tiri kepada Eliza Roberts. Melalui perkahwinan ibunya, beliau merupakan anak tiri kepada pemuzik, Kelly Nickels. Beliau mempunyai seorang kakak tiri sebelah ibu, Grace.[4] Nenek sebelah bapa beliau merupakan seorang jurulatih lakonan Betty Lou Bredemus (1934–2015), dan ibu saudaranya merupakan pelakon Julia Roberts dan Lisa Roberts Gillan. Semasa zaman kanak-kanak, Roberts menghabiskan masa di set filem ibu saudaranya, Julia. Pengalaman ini mencetuskan keinginan untuk mengikut bapa dan ibu saudara beliau ke dalam industri filem.[4] Ibunya pada mulanya mahukan beliau menjalani zaman kanak-kanak normal.[5]
Karier lakonan
2001–05: Awal karier
Roberts membuat penampilan lakonan pertamanya ketika berumur sembilan tahun dalam filem drama 2001 Blow. Ia merupakan filem pertama beliau menjalani uji bakat.[5] Di dalam filem itu, beliau melakonkan watak Kristina Jung, anak perempuan karakter Johnny Depp (penyeludup kokain George Jung). Pada tahun itu, beliau juga mempunyai peranan dalam filem pendek 10-minit Leif Tilden, bigLove dan tidak merupakan pelakon tambahan yang tidak dikredit dalam sesetengah babak memaparkan ibu saudaranya, Julia Roberts dalam America's Sweethearts.[6]
Roberts kemudiannya mempunyai peranan kecil dalam dua filem keluarga: pada tahun 2002 dalam Grand Champion, sebagai adik kepada karakter utama Buddy (Jacob Fisher); dan pada tahun 2003 dalam Spymate sebagai anak perempuan bekas ejen rahsia Mike Muggins (Chris Potter). Grand Champion mempunyai pelepasan teater ringkas pada bulan Ogos 2004,[7] manakala Spymate tidak dikeluarkan sehingga bulan Februari 2006, apabila ia diberi pelepasan teater di Kanada,[8] disusuli dengan keluaran DVD pada bulan April 2006.
Pada tahun 2004, beliau mula membintangi sebagai peranan utama Addie Singer dalam siri NickelodeonUnfabulous,[9] yang membuat penampilan pertama pada bulan September tahun itu. Sitkom itu mendapatkan Roberts satu pencalonan Teen Choice Award dan beberapa pencalonan Young Artist Award.[10] Siri ini menfokuskan Addie dan dua orang kawan baiknya. Ia disiarkan untuk tiga musim (2004–07). Rancangan ini juga melahirkan Filem TV, termasuk The Perfect Moment. Juga pada tahun 2004, Roberts membintangi dalam satu episod siri Nickelodeon Drake and Josh bertajuk "Honor Council". Selepas peranan beliau dalam Unfabulous, Nickelodeon telah menimbangkan untuk memberi Roberts permulaan dalam kerjaya muzik.[11]
2006–12: Kerja filem
Pada tahun 2006, Roberts kembali ke skrin besar, membintangi bersama Sara Paxton dan penyanyi JoJo dalam Aquamarine. Beliau memenangi Young Artist Award 2007 untuk Pelakon Wanita Muda Sokongan Terbaik dalam Filem untuk peranannya dalam filem itu.[12]Aquamarine mendapat tempat kelima dalam box office pada minggu pembukaannya dengan kutipan $8 juta.[13] Pada awal tahun 2006, Roberts habis menjalani pengambaran Nancy Drew. Filem ini ditayangkan pada Jun 15, 2007 dan mengutip lebih daripada $7 juta dalam minggu pembukaannya,[14] tetapi filem ini tidak diterima baik oleh pengkritik.[15] Roberts dijadual untuk bersatu semula bersama pengarah Nancy DrewAndrew Fleming untuk Rodeo Gal[16] dan sekuel Nancy Drew pada tahun 2007, tetapi filem-filem ini tidak pernah dibuat.[17][18] Pada tahun 2008, beliau membuat penampilan pertama suara apabila beliau menyuarkan karakter Wilma versi Bahasa Inggeris dalam filem animasi The Flight Before Christmas.[19]
Pada tahun 2009, Roberts membintangi bersama Jake T. Austin dalam Hotel for Dogs,[20] berdasarkan novel oleh Lois Duncan. Filem ini dibuka pada bulan Januari 2009 dan mendapat tempat kelima dalam minggu pembukaannya dengan kutipan lebih $17 juta. Filem ini telah mengutip lebih daripada $114 juta dan menerima ulasan bercampur daripada pengkritik.[21] Roberts membintangi filem Wild Child,[22] tentang remaja daripada Malibu, California dihantar ke sekolah asrama di England.[23] Roberts juga muncul dalam filem bebas Lymelife bersama Alec Baldwin yang dibuka di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2008.
Pada bulan Februari 2012, Roberts membintangi bersama John Cusack dan Evan Peters dalam Adult World. Lakonannya dipuji oleh Andrew O'Hehir dari Salon dan Stephanie Zacharek dari The Village Voice.[29] Roberts muncul sebagai pernana sokongan dalam Virginia yang menerima pelepasan teater yang terhad pada bulan Mei 2012 selepas ditangguh selama dua tahun setengah. Beliau kemudiannya muncul dalam filem 2012 Celeste and Jesse Forever.[30]
2013–sekarang: American Horror Story, Scream Queens
Pada Februari 7, 2013, The Hollywood Reporter mengesahkan bahawa Roberts telah dipilih untuk membintangi siri Fox bertajuk Delirium berdasarkan novel Lauren Oliver. Beliau melakonkan watak Lena Haloway, protagonis, tetapi Fox memutuskan untuk tidak mengambil siri itu.[31][32] Roberts kemudiannya membintangi filem komedi We're the Millers bersama-sama Jennifer Aniston dan Jason Sudeikis. Ia ditayangkan pada Ogos 7, 2013. Filem ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik dan mendapat kejayaan kewangan, mengutip lebih daripada $269 juta berbanding bajet sebanyak $37 juta.[33] Beliau kemudiannya muncul dalam musim ketiga siri seram American Horror Story bermula pada lewat tahun 2013 sehingga bulan Januari 2014. Roberts melakonkan watak Madison Montgomery.[34] Beliau kemudiannya melakonkan watak Maggie Esmerelda dalam musim keempat dipanggil American Horror Story: Freak Show. Roberts juga akan kembali untuk musim kelima yang bertajuk Hotel.[35]
Roberts melakonkan watak utama dalam Palo Alto. Filem ini ditayangkan pada bulan Mei 2014 dan menerima ulasan positif. Roberts kemudiannya membintangi Ashby, melakonkan peranan sokongan Eloise. Filem ini mempunyai tayangan perdana dunia di Festival Filem Tribeca pada April 19, 2015,[36] dan ditayangkanpada September 25 dalam pelepasan terhad dan melalui video on demand.[37][38]
Pada tahun 2005, Roberts mengeluarkan album pertama bertajuk Unfabulous and More. Album ini dikeluarkan pada September 27, 2005 melalui Columbia Records dan Nick Records. Ia juga berperanan sebagai runut suara siri televisyen Unfabulous yang dibintangi Roberts. Album ini mendapat nombor 46 dalam carta Billboard, Top Heatseekers.[42] Pada bulan September 2005, dua lagu single promosi dikeluarkan melalui album: "I Wanna Be" dan "Dummy". Album ini mempunyai beberapa lagu asal (diantara mereka "Dummy" adan "I Wanna Be", kedua-duanya juga dikeluarkan dalam video muzik, "I Have Arrived" dan "This Is Me", yang ditulis bersama oleh Roberts) serta beberapa lagu Addie daripada musim pertama. Pada tahun yang sama, Roberts merekodkan "If I Had It My Way" untuk runut suara filem Disney 2005 Ice Princess. Pada tahun 2006, Roberts mengeluarkan lagu "Island in the Sun", yang pada asalnya direkodkan oleh Weezer pada tahun 2001; beliau merekodkan lagu itu untuk runut suara Aquamarine, filem yang dibintanginya.
Pada bulan Februari 2009, Roberts dinamakan sebagai duta jenama Neutrogena.[43] Roberts juga muncul beberapa kali sebagai sebahagian daripada Senarai Pemakaian Terbaik Teen Vogue termasuk bulan Jun 2007, September 2008, Disember 2008 dan Februari 2009.[44]
Kehidupan peribadi
Pada bulan September 2011, Roberts mula menghadiri Kolej Sarah Lawrence tetapi menjelang bulan Januari 2012, beliau menangguhkan pembelajarannya untuk menumpukan komitmen kerja.[45]
Roberts mula mempunyai hubungan dengan pelakon, Evan Peters pada tahun 2012 selepas mereka bekerja bersama dalam filem Adult World.[46] Pada bulan Julai 2013, semasa mereka tinggal di sebuah hotel di Montreal, Quebec, seseorang terdengar pertikaian yang datang dari bilik mereka dan memanggil polis.[47] Apabila polis tiba, mereka menahan Roberts. Peters tidak ditahan kerana Roberts tidak mempunyai apa-apa kecederaan serta-merta dilihat.[48] Peters enggan mendakwa dan Roberts dibebaskan beberapa jam kemudian.[49] Mereka bertunang pada bulan Disember 2013,[50][51] tetapi pada bulan Jun 2015, ia telah dilaporkan bahawa mereka telah mengakhiri pertunangan mereka.[52] Pada bulan Mac 2019, Roberts dan Peters memutuskan hubungan mereka untuk selamanya.
Pada bulan Mac 2019, Roberts memulakan hubungan dengan pelakon Garrett Hedlund.
^ abElaine Lipworth (2005). "Recognise That Smile?". You Magazine (July 24, 2005): 28–31. I'm definitely closer to my mom and stepdad and I don't see my real father much