Elizabeth |
---|
|
Pengarah | Shekhar Kapur |
---|
Penulis | Michael Hirst |
---|
Dihasilkan oleh | Tim Bevan Eric Fellner Alison Owen |
---|
Dibintangi | Cate Blanchett Geoffrey Rush Christopher Eccleston Joseph Fiennes John Gielgud Richard Attenborough Kenny Doughty |
---|
Sinematografi | Remi Adefarasin |
---|
Disunting oleh | Jill Bilcock |
---|
Muzik oleh | David Hirschfelder |
---|
Syarikat penerbitan | PolyGram Filmed Entertainment Kapurfilm Working Title Films Film4 Productions StudioCanal |
---|
Diedarkan oleh | Gramercy Pictures |
---|
Tarikh tayangan |
- 8 September 1998
(VFF)
- 23 Oktober 1998
(United Kingdom)
|
---|
Masa tayangan | 126 minit |
---|
Negara | United Kingdom |
---|
Bahasa | English Perancis |
---|
Bajet | $30 juta |
---|
Pecah panggung | $82,150,642 |
---|
Elizabeth ialah sebuah filem biografi British 1998 ditulis oleh Michael Hirst, diarahkan oleh Shekhar Kapur dan dibintangi Cate Blanchett sebagai Ratu Elizabeth I dari England bersama-sama Geoffrey Rush, Christopher Eccleston, Joseph Fiennes, Sir John Gielgud, Fanny Ardant dan Richard Attenborough. Pada tahun 2007, Blanchett dan Rush menyambung watak mereka dalam filem sekuel, Elizabeth: The Golden Age.
Filem ini membawa pelakon Australia, Blanchett kepada perhatian antarabangsa. Beliau memenangi beberapa anugerah untuk lakonannya sebagai Elizabeth termasuk Anugerah BAFTA dan Golden Globe pada tahun 1998. Elizabeth dicalonkan dalam 7 kategori di Anugerah Akademi ke-71 termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. Filem ini berjaya memenangi kategori Solekan Terbaik.
Pelakon
Penerimaan
Tayangan
Elizabeth dibuka pada bulan September 1998 di Festival Filem Venice dan juga ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto.[1] Ia dibuka di London pada 2 Oktober 1998 dan di Amerika Syarikat pada 13 Oktober 1998.[1] Ia ditayangkan di United Kingdom pada 23 Oktober 1998[1] dan ditayang secara terhad di Amerika Syarikat pada 6 November 1998.[2] Elizabeth mengutip $30 juta di Amerika Syarikat dan Kanada dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $82.1 juta.[3]
Penerimaan kritis
Filem ini diterima dengan baik oleh pengkritik dan orang awam. Ia mendapat rating 81% di laman web Rotten Tomatoes berdasarkan 59 ulasan daripada pengkritik filem.[4]
Anugerah
Elizabeth memenangi Filem British Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik untuk Blanchett dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk Rush di Anugerah BAFTA. Elizabeth dicalonkan dalam 7 kategori di Anugerah Akademi ke-71 termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. Filem ini berjaya memenangi kategori Solekan Terbaik.
Rujukan
Pautan luar