"Easy on Me" adalah sebuah lagu yang dirakamkan oleh penyanyi-penulis lagu Adele dan ia dilancarkan pada 15 Oktober 2021 melalui Columbia Records sebagai single daripada album studio keempat beliau, 30. Pelancaran muzik tersebut merupakan yang pertama untuk hampir lima tahun dan "Easy on Me" diterbitkan oleh penerbit rakaman Amerika Syarikat Greg Kurstin, yang juga menulis lagu ini bersama dengan Adele. Lagu bercirikan balada sentimental ini diiringi dengan piano suram yang didorong oleh rentak bes jarang. Meluahkan tema nostalgia, sesalan dan kemaafan, seni kata lagu ini mewakili rayuan Adele kepada anaknya, di mana beliau memperincikan perjuangan dalam perkahwinannya yang terbubar dan meminta anaknya untuk berbaik kepadanya.
Kritik-kritik muzik mengulas lagu "Easy on Me" dengan positif dengan pujian terhadap seni kata memilukan dan vokal emosional, walaupun ada yang berpendapat ia tidak sepadan dengan ketinggian emosi baladanya sebelum ini. Secara komersial, lagu tersebut merupakan kejayaan segera, memecahkan rekod Spotify dan Amazon Music untuk penstriman lagu terbanyak dalam satu hari atau satu minggu. Ia berjaya memperoleh kedudukan teratas dalam carta di 25 buah negara, termasuklah United Kingdom dan Amerika Syarikat.[1]
Video muzik lagu tersebut telah diarahkan oleh pembuat filem Kanada Xavier Dolan dan ia dirakamkan di Sutton, Quebec, meneruskan suasana yang digambarkan dalam video muzik untuk lagu 2015 Adele, "Hello", di mana beliau memasuki rumah berperabot. Dalam video "Easy on Me", Adele mengosongkan rumah itu dan memandu keluar dengan lori sambil longgokan helaian muzik berterbangan di atas jalan raya.
Promosi dan pelancaran
Pada 1 Oktober 2021, pelbagai poster dan penayangan yang menunjukkan nombor "30" diperlihat pada tanda tempat dan bangunan di bandar-bandar di seluruh dunia.[2] Paparan logo tersebut berkait dengan judul album studio akan datang Adele.[3][4] Pada 4 Oktober, akaun media sosoal penyanyi itu dikemas kini buat pertama kalinya dalam beberapa bulan.[5] Adele kemudian mengacah klip instrumental lagu dan video muziknya pada hari berikutnya di media sosial.[6][7] Klip video cuitan hitam putih menunjukkan Adele meletakkan pita ke dalam pemain kaset lori dan menguatkan kelantangannya. Beliau kemudiannya memandu lori itu dengan tingkap diturunkan, sambil helaian-helaian muzik berterbangan keluar dari lori.[8][9] Penulis Billboard Gil Kaufman menyatakan paparan itu merupakan "Adele pada isinya".[10] Cuitan itu dibandingkan dengan video muzik single terdahulu Adele, "Hello" (2015).[11] Muzik instrumentalnya digambarkan sebagai "balada piano".[12]
Semasa wawancara bersama dengan Vogue, Greg Kurstin didedahkan sebagai rakan kerjasama untuk lagu "Easy on Me" itu.[13] Kakitangan di Capital FM mentafsirkan judul lagu tersebut sebagai mendokumenkan "permulaan hubungan yang mekar".[11] Pada 19 Oktober, Adele berkongsikan prasiar lagu itu melalui Instagram Live.[14] "Easy on Me" dilancarkan pada 15 Oktober 2021 di semua pelantar muzik digital.[8] Ia menandakan single pertama Adele setelah lima tahun.[2]
Kredit dan tenaga kerja
Diadaptasi daripada catatan lapik single CD dan YouTube.
^"Progress Report: Adele". DIY (dalam bahasa Inggeris). 5 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
^"Pengiktirafan single Itali – Adele – Easy on Me" (dalam bahasa Itali). Persekutuan Industri Muzik Itali. Dicapai pada 27 November 2021. Plih "2021" daripada menu bawah "Anno". Pilih "Easy on Me" dalam bidang "Filtra", dan pilih "Singoli" di bawah "Sezione"
^"EASY ON ME SINGLE CASSETTE". Adele | Official Store (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2021. Dicapai pada 14 Oktober 2021.