EBSCO Information Services, beribupejabat di Ipswich, Massachusetts, merupakan sebahagian daripada EBSCO Industries Inc., syarikat swasta ketiga terbesar di Birmingham, Alabama, dengan jualan tahunan mencecah $2 juta merujuk kepada BBJ's 2013 Book of Lists.[1] EBSCO menawarkan sumber perpustakaan kepada pelanggannya dalam bidang akademik, perubatan, K-12, perpustakaan awam, undang-undang, korporat dan pasaran kerajaan. Produk-produk mereka termasuk EBSCONET, sistem pengurusan sumber elektronik lengkap, dan EBSCOhost, yang mengandungi 375 pangkalan data teks penuh, lebih 600,000 buku elektronik, indeks subjek, rujukan perubatan, dan arkib digital sejarah. Pada tahun 2010, EBSCO memperkenalkan EBSCO Discovery Service (EDS) yang membolehkan carian portfolio jurnal dan majalah.[2]
Rujukan
Bacaan tambahan
Pautan luar