Drama Jepun

Drama Jepun atau dipanggil dorama (ドラマ ) merupakan salah satu program yang terdapat di kebanyakan televisyen di Jepun yang mempunyai pelbagai jenis jalan cerita seperti romantik, komedi, kisah detektif, kisah sekolah, seram, aksi, dan sebagainya.

Satu-satu drama Jepun akan ditayangkan di televisyen Jepun selama lebih kurang 3 bulan mengikut 4 musim seperti musim sejuk(Januari hingga Mac), musim bunga(April hingga Jun), musim panas(Julai hingga September), dan musim luruh(Oktober hingga Disember).

Kebanyakkan drama Jepun tersebut akan ditayangkan bermula pada pukul 9.00, 10.00, ataupun pukul 11,00 malam mengikut stesen televisyen. Drama tersebut kebanyakan mempunyai 9 hingga 12 episod sahaja dengan tayangan disiarkan setiap minggu.

Drama yang disiarkan oleh Fuji TV dikatakan mempunyai rating penonton yang paling tinggi. Sistem Penyiaran Tokyo, Nippon TV, TV Asahi, NHK, TV Tokyo, Tokai TV, KTV, YTV, WOWOW, dan banyak lagi. Rating dalam drama Jepun amat penting untuk tujuan komersil.

Senarai Drama Jepun

Pautan luar