Doge (kerap disebut [ˈdod͡ʒ] atau [ˈdoɡ]) ialah satu meme Internet yang menjadi popular pada 2013.[1][2]Meme ini biasanya terdiri daripada satu gambar seekor shiba inu ditemani oleh teks berbilang warna dalam fon Comic Sans MS di latar hadapan. Teksnya, mewakili sejenis monolog dalaman, sengaja ditulis dalam suatu bentuk bahasa Inggeris rosak.[3][1]
Asal usul
Kabosu (Jepun: かぼすcode: ja is deprecated ), si shiba inu betina yang ditonjolkan dalam meme aslinya, pertama kali digambarkan dalam suatu pos blog 2010 oleh pemiliknya Atsuko Sato, seorang guru tadika Jepun.[4] Kemudian, ubahan gambar-gambar berkenaan menggunakan teks bertindihan dipos daripada satu blog Tumblr, Shiba Confessions.[5][6][7][8] Walau bagaimanapun, kegunaan "doge" tersalah eja secara sengaja bertarikh kembali ke Jun 2005, apabila disebut dalam suatu episod siri boneka Homestar Runner.[9]
Doge menggunakan frasa dua kata yang melibatkan perkataan pertama hampir sentiasa merupakan salah satu daripada kata penerang ("so", "such", "many", "much", dan "very" ("sangat", "begitu", "banyak", "banyak", dan "sangat" masing-masing)), dan penyimpangan daripada bahasa Inggeris betul adalah dengan menggunakan kata penerang dengan perkataan yang tidak boleh diterangkan dengan betul olehnya.[11] Contohnya, "Much respect. So noble." menggunakan kata pengerang doge tetapi bukan merupakan dog "betul" kerana kata penerangnya berpadanan dengan perkataan yang diterangkan olehnya; versi doge sepatutnya ialah "Much noble, so respect."[11] Sebagai tambahan kepada frasa-frasa ini, ujaran doge kerap berakhir dengan sepatah kata tunggal, paling kerap "wow" tetapi dengan "amaze" ("kagum") dan "excite" ("uja") juga digunakan.[11]
Penyebaran
Pada Ogos 2013, imej-imej meme ini dispam di subreddit r/MURICA Reddit oleh papan imej rawak 4chan, /b/.[12] Satu carian istilah doge di Google Trends menunjukkan ledakan kepopularan berlaku pada Oktober 2013, dan lebih sedemikian pada bulan berikutnya.[13] Menjelang November 2013, meme ini telah tersebar meluas di Internet.[14] Google kemudian mencipta satu easter egg doge: apabila memedoge dimasukkan ke dalam bar carian YouTube, kesemua teks di tapak ini patut dipaparkan dalam Comic Sans berwarna-warni, serupa dengan yang digunakan oleh meme ini.[15]
Meme ini ditempatkan di kedudukan #12 dalam senarai "50 Things Pop Culture Had Us Giving Thanks For" oleh MTV pada 2013.[16]Io9 membandingkan dialog dalaman shiba inu dengan lolcat-speak.[17] Imej yang paling biasa berhubung kait dengan meme ini adalah imej shiba inu betina bernama Kabosu, diambil daripada satu blog Jepun mendokumenkan kegiatan harian anjing ini.[18] Ejaan doge mempunyai beberapa varian, membawa kepada perdebatan tentang sebutan sebenarnya.[9][19] Pada 13 Disember, Doge dinamai "top meme" 2013 oleh Know Your Meme.[20]
Pada hujung Disember 2013, anggota Kongres Amerika Syarikat menghasilkan bahan dalam gaya meme ini. Huffington Post mengulas bahawa Doge "dibunuh" kerana penggunaan meme ini oleh anggota Kongres.[26][27]
Menjelang awal 2014, kepopularan Doge dikekalkan oleh komuniti internet di media sosial, ditemani oleh pertumbuhan dan penerimaan cepat Dogecoin. Pada April 2014, Doge mengalami kebangkitan semula media besar kedua kerana pendedahan niat komuniti Dogecoin untuk menaja Josh Wise dalam NASCAR dan menempatkan sebuah gambar shiba inu berkenaan pada kenderaannya.[28][29]
Pada 2014, agensi pengiklanan DDB Stockholm mendapatkan Doge ditonjolkan dengan prominen dalam suatu kempen pengiklanan untuk syarikat pengangkutan awam SL di Stockholm, Sweden. Iklan berkenaan adalah tentang tiket musim panas khusu syarikat itu, dan menonjolkan Doge memegang sekeping tiket pengangkutan awam pada mulutnya, dengan frasa "many summer", "such cheap" dan "very buy".[30]
Sambutan
Sungguhpun meme Doge kerap diterima pada nilai muka sebagai fenomena internet tidak serius, meme ini juga telah menyebabkan tindak balas lebih kuat daripada yang tidak menyukai perkembangan terkini dalam budaya internet.[perlu rujukan]
Aluran keluar media, walau bagaimanapun, telah menerima meme ini sementara melaporkan perkembangan Doge atau Dogecoin. Judul rencana yang berujukan Dogecar yang menonjolkan frasa seperti "so wow" dan "very vroom"[31][32] membuktikan darjah betapa diterima oleh sumber berita bagi kegunaan konvensyen meme sementara melaporkan Doge.
^ abWickman, Forrest (15 November 2013). "How Do You Pronounce "Doge"?". Slate. Dicapai pada 22 November 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
^Wickman, Forrest (15 November 2013). "How Do You Pronounce "Doge"?". Slate. Dicapai pada 6 Januari 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
^"かぼすちゃんとおさんぽ。". Excite Japan. 13 Februari 2010. Dicapai pada 28 November 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
^Mashiur, Zoheb (17 November 2013). "ANATOMY OF A MEME: DOGE". The Daily Star. Dicapai pada 22 November 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
^Norton, Quinn (23 Disember 2013). "The Values of Money". Medium. Dicapai pada 25 Disember 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
^Horowitz, Alana (23 Disember 2013). "GOPers Ruin Beloved Internet Meme". Huffington Post. Dicapai pada 29 Disember 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
^Andrén, Simon (29 April 2014). "Många frågor kring SL-kampanj". Dagens Media (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 27 Mei 2014.