Djamel Mesbah
|
|
Nama penuh |
Djamel Eddine Mesbah[1] |
---|
Tarikh lahir |
(1984-10-09) 9 Oktober 1984 (umur 40) |
---|
Tempat lahir |
Zighoud Youcef, Algeria |
---|
Ketinggian |
1.79 m (5 ka 10 1⁄2 in) |
---|
Posisi permainan |
Pertahanan kiri |
---|
|
Kelab terkini |
Sampdoria |
---|
Nombor |
3 |
---|
|
1995–2001 |
US Annecy-le-Vieux (74) |
---|
2001–2003 |
Servette |
---|
|
Tahun |
Pasukan |
Kmcln |
(Gol) |
---|
2003–2004 |
Servette |
11 |
(3) |
---|
2004–2006 |
Basel |
11 |
(1) |
---|
2006 |
→ Lorient (pinjam) |
0 |
(0) |
---|
2006–2008 |
Aarau |
60 |
(1) |
---|
2008–2009 |
Luzern |
6 |
(0) |
---|
2008–2009 |
→ Avellino (pinjam) |
27 |
(2) |
---|
2009–2012 |
Lecce |
82 |
(6) |
---|
2012–2013 |
Milan |
13 |
(1) |
---|
2013–2014 |
Parma |
10 |
(1) |
---|
2014 |
→ Livorno (pinjam) |
15 |
(1) |
---|
2014– |
Sampdoria |
2 |
(0) |
---|
|
2010– |
Algeria |
31 |
(1) |
---|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Oktober 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Oktober 2014 |
Djamel Eddine Mesbah (Arab: جمال الدين مصباح; lahir 9 Oktober 1984 di Zighoud Youcef) merupakan pemain bola sepak profesional Algeria yang bermain sebagai pertahanan kiri untuk kelab Serie A, Sampdoria.
Seorang pemain antarabangsa Algeria, Mesbah merupakan ahli pasukan kebangsaan Algeria dalam dua edisi Piala Dunia, Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan dan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Sehingga Oktober 11, 2014, dia telah membuat 31 penampilan antarabangsa dan menjaringkan 1 gol.
Karier kelab
Karier awal
Mesbah memulakan karier bola sepaknya dengan bermain untuk pasukan belia Perancis US Annecy-le-Vieux sebelum ditemui oleh pencari bakat dari kelab Swiss, Servette FC pada tahun 2001.[2] Dia beraksi dalam skuad belia Servette FC sebelum membuat penampilan seniornya pada musim 2003-04, bermain 11 perlawanan dan menjaringkan 3 gol.
Switzerland
Pada musim panas tahun 2004, dia meninggalkan kelab itu untuk menyertai FC Basel. Banyak digunakan sebagai pemain gantian, dia hanya berjaya membuat 11 penampilan dan menjaringkan 1 gol. Pada bulan Januari 2006, dia dipinjamkan kepada FC Lorient yang bermain dalam Ligue 2 pada masa itu. Walau bagaimanapun, dia mengalami kecederaan sebelum membuat penampilan sulungnya dan tidak pernah beraksi untuk mereka selepas itu.
Pada musim panas tahun 2006, dia menyertai FC Aarau, sebuah kelab Swiss yang beraksi dalam liga divisyen dua negara itu. Dia kekal di sana selama dua musim dan banyak beraksi dalam kesebelasan utama. Dia ditandatangani oleh FC Luzern pada 1 Julai 2008, tetapi hanya berjaya membuat 6 penampilan, kesemuanya sebagai pemain gantian.
AS Avellino 1912
Pada 1 September 2008, dia ditandatangani oleh kelab Itali, A.S. Avellino 1912.
US Lecce
Pada bulan Julai 2009 dia ditandatangani oleh U.S. Lecce. Di Lecce, dia kebanyakannya bermain sebagai pemain sayap kiri, tetapi kadang-kadang bermain sebagai pemain tengah atau pertahanan kiri. Kebolehannya bermain di pelbagai posisi menarik minat beberapa kelab Itali.
AC Milan
Pada 18 Januari 2012, US Lecce mengumumkan bahawa Mesbah akan meninggalkan kelab itu untuk menyertai A.C. Milan.[3] Pada hari berikutnya, Milan mengesahkan perpindahan itu, mengumumkan bahawa Mesbah telah menandatangani kontrak selama empat tahun setengah bersama kelab itu dengan yuran perpindahan €1.2 juta[4][5]
Pada 26 Januari 2012, Mesbah membuat penampilan sulungnya untuk Milan, dalam suku akhir Coppa Italia 2011-12 menentang Lazio.[6] Mesbah bermain keseluruhan perlawanan dengan berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3–1. Pada 20 Mac 2012, Mesbah menjaringkan gol pertamanya untuk Milan, ketika seri 2–2 dengan Juventus dalam separuh akhir Coppa Italia 2011-12. Dia membuat dua belas penampilan dalam semua pertandingan untuk Milan, termasuk dua dalam Liga Juara-Juara UEFA, ketika menentang Arsenal dan Barcelona.
Pada musim 12/13, Mesbah jarang beraksi kerana penurunan prestasi dan kecederaan, hanya berjaya membuat dua penampilan dalam separuh pertama liga. Ini mendorong Milan untuk menjual pemain itu kepada Parma F.C. pada bulan Januari 2013, dengan pertukaran pemain dengan Cristian Zaccardo.[7]
Parma F.C.
Mesbah sekali lagi jarang digunakan di Parma dan hanya membuat tujuh penampilan sehingga akhir musim 12/13. Pada musim berikutnya, Mesbah hanya membuat empat penampilan dan dia kemudiannya dipinjam kepada A.S. Livorno Calcio pada bulan Januari 2014.
A.S. Livorno Calcio
Di Livorno, Mesbah kerap berada dalam kesebelasan utama. Dia bermain di posisi pertahanan kiri dalam formasi 3-5-2 tetapi gagal membantu Livorno mengelakkan penyingkiran.
U.C. Sampdoria
Mesbah menyertai U.C. Sampdoria pada bulan Ogos 2014, menandatangani perjanjian dua tahun bersama kelab itu.
Karier antarabangsa
Pada bulan Mei 2010, Mesbah dipanggil buat pertama kali ke pasukan kebangsaan Algeria oleh Rabah Saâdane untuk kem latihan dua minggu di Crans-Montana, Switzerland sempena persedian Piala Dunia FIFA 2010.[8] Mesbah membuat penampilan sulungnya dua minggu kemudian, pada 28 Mei 2010, ketika perlawnan persahabatan menentang Republik Ireland.[9] Dia disenaraikan dalam skuad 23 pemain untuk Piala Dunia.[10]
Statistik
Kelab
- Sehingga 6 Jun 2014
Antarabangsa
- Sehingga 11 Oktober 2014[11]
Gol antarabangsa
Kejayaan
Kelab
- FC Basel
Rujukan
Pautan luar
Persondata
|
Nama
|
Mesbah, Djamel
|
Nama alternatif
|
جمال الدين مصباح (Arabic)
|
Pemerihalan ringkas
|
Pemain bola sepak Algeria
|
Tarikh kelahiran
|
9 Oktober 1984
|
Tempat kelahiran
|
Zighoud Youcef, Algeria
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|